Monday, February 28, 2011

Apam Warna Warni

 tempahan dari Kak Mai order bg pihak kawan pejabatnya..250pcs. dan syikin dr Ijok, tp hari ini ambil di shah alam jer. terima kasih syikin. Kaknor 250pcs juga. Dan juga Cikgu lin, sebanyak 250pcs..

Memulakan Perniagaan Internet 3


HARI 3: Nak Jual Apa? - Informasi produk terlaris di Internet!

Apakah produk yang paling laris di Internet? Jawapannya adalah informasi. Selain daripada menjual produk, atau meniagakan perkhidmatan di Internet, anda juga boleh menjual informasi yang merupakan produk yang paling laris di Internet.

Di internet, kaedah menjual informasi yang kini popular, adalah berbentuk ebook (ebuku). Dengan pelbagai peralatan mudah alih seperti handphone, iPad, Kindle dan sebagainya, produk informasi seperti ebook bukan sahaja sebagai produk yang paling laris di Internet kini, tetapi juga mempunyai potensi yang amat besar tahun-tahun akan datang.

Tak kira apa sahaja industri yang kita jalankan, pastinya terdapat maklumat yang boleh dikongsikan, dan ianya boleh dikongsikan dalam bentuk ebook. Lihat juga kebolehan diri kita atau perkhidmatan yang kita jalankan- bolehkah ianya diubah menjadi produk informasi untuk mendapat pendapatan yang berterusan?

Sebagai contoh, sekiranya anda minat memasak, anda boleh menghasilkan ebook resipi untuk dijual di Internet. Malaysia penuh dengan berbagai-bagai masakan termasuk masakan Melayu, Cina dan juga India. Tak lupa pula negara jiran seperti Thailand, Singapore dan Indonesia. Kompilasi resepi terbaik boleh dihasilkan dalam bentuk ebook dan dijual ke seluruh dunia untuk mendapat pendapatan residual (hasilkan satu ebook, dan terima pendapatan berkali-kali)

Sekiranya anda mempunyai hasil kerja bertulis seperti thesis, projek, atau apa sahaja yang boleh diubah menjadikan format ebook, apakata anda lakukannya dan menjana pendpaatan sampingan daripada online. Salah satu format ebook yang diterima ramai adalah format PDF.

Hobi, minat dan kepakaran boleh diubah menjadi maklumat infomasi ebook. Contoh seperti "Cara menurunkan berat badan selepas bersalin", "Kaedah berhenti merokok dalam masa 14 hari", "Cara menjimatkan wang", "Tip-tip mengembara", "Lokasi-lokasi hebat selaman skuba di Malaysia" dan 1001 lagi topik boleh menjadi ebook!

Ambil pen dan kertas, dan tuliskan 3 tajuk ebook yang mungkin anda boleh hasilkan untuk dipasarkan di Internet.

Tip:
Informasi adalah produk yang paling laris di Internet, dan kaedah popular meniagakan informasi adalah melalui ebook.
Sebab utama pelawat tidak membeli daripada anda adalah kerana kepercayaan. Ini kerana, tiada pertemuan bersemuka dalam perniagaan Internet, dan tahap kepercayaan adalah kurang. Oleh itu, ketahui langkah-demi langkah bagaimana anda boleh membina kepercayaan pelawat anda supaya ramai ingin menjadi pelanggan anda.


Memulakan Perniagaan Internet 1 & 2  
terdapat di 
http://apamwarnawarni.blogspot.com/ 

Friday, February 25, 2011

Cup Cakes utk Hantaran Tunang

 Tempahan dari Nurul my Geng Livina kita, jauh dtg dari Kuala kubu lg...he he he terima kasih banyak atas tempahan ini. Cupcakes ini untuk hantaran pertunangan. Tema yg dipilih berwarna pink..mmg pink la cik kak kita oii.. I hope you like.. thanks..


Cup Cakes Ayu

tempahan dari ayu, shah alam. ayu request color oren dan coklat..terima kasih ayu..

terima kasih k.mai n ayu...

Thursday, February 24, 2011

Apam Warna Warni

 minggu ini tempahan dari Pn Fenty dr Sri Kembangan, jauhnya datang ambil apamwarnawarni cik noni ni..terima kasih Puan. Dan juga tempahan dari kawan manja sebanyak 300pcs, K.liza dr kelana jaya, Asmida 100pcs, Pn Mai 250pcs dn juga kak rieta 50pcs. Terima kasih atas sokongan anda semua..



 tempahan dari Cik Nor 250pcs juga , Pn Tuminah dr Meru 150pcs dan juga manja 100pcs dr Meru, klang. Terima kasih banyak..



CeLoteh Cik NoNi..bersukanlah..


Minggu lepas ada latihan bola jaring antara MNC dan SSA di padang futsal jalan kempas...sekarang cik noni sibuk dengan sukan pula..maklumlah nak menyihatkan diri...ha hah.hah. sebenarnya lama betul tak turun padang ni..sekarang badan tangan kaki kena ringan2 kan balik...kena banyakkan latihan dan bersukan .. seronok juga jumpa ramai kengkawan, macam-macam dari tempat yg jauh2 datangnya... anda bagaimana ada bersukan tak? jom kita bersukan....

Wednesday, February 23, 2011

Memulakan Perniagaan Internet 2


HARI 2: Nak Jual Apa? - Jalankan perkhidmatan di Internet!

Sekiranya anda mempunyai kebolehan, skil atau kekuatan dalam sesuatu bidang perkhidmatan, ianya boleh dijadikan perniagaan di Internet. Perkhidmatan lain termasuk, konsultan, ejen hartanah, ejen MLM, penasihat, motivator, pengalih bahasa, pereka grafik, pereka laman web, menjahit, make-up artist dan sebagainya...

Sekiranya anda seorang ejen insurans, mungkin sehari anda boleh berjumpa dengan 2-3 orang prospek. Tetapi, dengan membawa perniagaan anda ke Internet, bukan sekadar 2-3 prospek sehari, malah 200-300 atau lebih prospek sehari juga anda boleh dapat. Dengan menggunakan strategi perniagaan Internet yang betul, seorang ejen insurans dapat menggandakan prospek dan juga pelanggan.

Sekiranya hobi anda adalah menjahit, anda juga boleh menerima tempahan menjahit melalui online. Sama seperti contoh diatas, ramai telah menggunakan Internet untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan sehingga tidak cukup tangan! Perkhidmatan menjahit juga boleh diniagakan di Internet.

Sekiranya anda bagus berbahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia atau sebagai tambahan boleh berbahasa lain, pada bila-bila masa sahaja anda boleh mulakan perniagaan mengalih bahasa di Internet. Dengan sedikit kreativiti, sememangnya peluang perniagaan di Internet adalah amat luas dan tidak terhad kepada menjual produk sahaja, tetapi juga menjual perkhidmatan melalui kebolehan yang kita ada.

Lihat pada kebolehan dan kekuatan diri anda sendiri. Apakah kepakaran kita yang boleh dijadikan perkhidmatan untuk diniagakan di Internet. Adakalanya anda dapati ianya sukar melihat kebolehan dan kekuatan diri. Sekiranya ini berlaku, fikirkan apakah yang sering ditanya oleh kenalan anda atau keluarga anda pada anda? Mereka sering bertanyakan anda mengenai bidang apa? Pastinya bidang yang sering kenalan dan keluarga tanya pada anda merupakan kebolehan dan kepakaran anda tersendiri. Bolehkah anda niagakannya di Internet?

Ambil pen dan kertas, dan senaraikan 5 perkhidmatan yang anda rasakan anda boleh niagakan di Internet. Lakukan aktiviti ini sekarang untuk menjana idea. Selamat mencuba..

Tip:
Apa yang membezakan mendapat 2-3 prospek sehari atau 200-300 prospek sehari adalah- strategi promosi yang dijalankan. Lebih ramai pelawat laman web anda, maka lebih tinggi peluang untuk anda mengubah prospek menjadi pelanggan anda!

Memulakan Perniagaan Internet 3 & 4
terdapat di 
http://cupcake-kakengku.blogspot.com/

Tuesday, February 22, 2011

Memulakan Perniagaan Internet 1


HARI 1: Nak Jual Apa? - Jual Produk di Internet!

Seringkali ramai yang tertanya-tanya apa yang peru dijual di Internet. Langkah pertama dalam memulakan perniagaan Internet adalah, mempunyai sesuatu untuk dijual.

Berbagai-bagai produk boleh kita jual di Internet seperti kasut, baju, tudung, buku, kuih muih, ukiran al Quran, produk kesihatan, produk kecantikan, perfume dan macam-macam lagi- senarainya tiada had!

Satu cara yang baik untuk mengetahui produk apa yang kita harus jual adalah, fikirkan apa yang kita suka lakukan? Apakah minat kita? Produk apa yang kita sering menarik perhatian kita?

Sekiranya kita minat membaca, maka, mungkin buku merupakan produk terbaik untuk kita jual di Internet. Sekiranya suka membaca buku kewangan, apa kata jual buku-buku kewangan di Internet. Menjual sesuatu yang kita minat seperti buku pada permulaannya boleh menjana pendapatan sambilan. Dengan lebih pengalaman, tidak mustahil ia boleh menjanakan pendapatan sepenuh masa.

Sekiranya kita minat fesyen, pastinya produk fesyen boleh dijadikan produk untuk kita niagakan. Mungkin kita meminati fesyen muslimah. Maka, kita boleh menjual produk-produk yang berkaitan dengan fesyen muslimah. Produk fesyen mengikut trend sering menjadi permintaan yang tinggi di Internet.

Sekiranya kita pandai membuat kuih, tak salah meniagakan kuih-kuih kita melalui Internet. Kuih tradisional, cupcakes atau muffin sudah mula dijual di Internet oleh ramai surirumah yang inginkan pendapatan sampingan dari rumah!

Selalu fikirkan apa yang kita minat. Tanya pada diri sendiri apa yang kita suka lakukan, dan cari perniagaan yang berkisar tentang minat tersebut. Dengan banyak bertanya pada diri sendiri, maka banyak jawapan yang kita akan dapat dan jawapan-jawapan tersebut adalah idea sedia ada mendapatkan produk untuk di jual di Internet.

Ianya amat penting untuk kita lakukan apa yang kita minat dan suka, oleh kerana perniagaan yang kita jalankan juga perlu menjadi perniagaan yang kita minat dan suka usahakan! Ambil pen dan kertas, dan senaraikan 10 produk yang menarik minat anda dan boleh anda niagakan di Internet. Lakukan aktiviti ini sekarang untuk menjana idea.

Tip :
Mempunyai idea produk untuk di jual di Internet sahaja tidak mencukupi. Pastikan produk yang anda ingin niagakan mempunyai permintaan sedia ada di Internet- ini akan memastikan perniagaan Internet anda berjaya.

Friday, February 18, 2011

Apam berwarna warna

Tempahan dari Cikgu Hjh Halimah Meru, Klang sebanyak 500bj untuk majlis dirumahnya. Terima Kasih Banyak.




Wednesday, February 16, 2011

Apam warna warni berpack

hmmm. yummy apam berperisa vanilla..memang sedap..anda mesti cuba.
Tempahan ini datangnya dari Nurul Kuala Lumpur...Nurul minta saya packkan.
Terima kasih Nurul atas Tempahan ini..
terima kasih nurul..

Monday, February 14, 2011

Perkahwinan IQHBAR & NAZIRAH


"Adat Melayu bertakhta dihati
sekapur sirih penambah seri
kehadiran undangan memang dinanti
bersama merai si Raja Sehari"

"Mentari terbenam diufuk jingga,
Tanda Majlis melabuh tirainya,
Terima kasih tidak terhingga, 
Dari kami Pengantin Sekeluarga."


Tempahan apamwarnawarni sebanyak 3000pcs dari Iqhkha Shah Alam untuk Majlis Perkahwinan Abangnya Iqhbar dan Nazirah...




 1500pcs untuk dipack..







 sebahagian gambar semasa majlis perkahwinan Iqhbar dan Nazirah pada 13hb februari 2011...
cik noni tak sempat nak tengok pengantin sampai...


meriah sungguh majlis tersebut.. 
Tahniah dari CIk Noni..

Saturday, February 12, 2011

Apam Warna Warni

wow colorful apamwarnawarni. ..untuk tempahan sebarang Majlis Kenduri Kahwin, Doa selamat, Pertunangan, Mesyuarat, Rumah Terbuka, Cukur Jambul, Makan-Makan dan sebagainya. Anda boleh memilih tema warna kesukaan.
sila hubungi cik noni...0192649858

apam warnawarni ini ditempah dari manja sebanyak 200pcs dan pn hawa dari shah alam sebanyak 200pcs juga..terima kasih atas sokongan..

Apam untuk Majlis Pertunangan

Tempahan apamwarnawarni ini dari Aisyah damansara. tempahan sebanyak 100pack sempena majlis pertunangannya. Aisyah minta cik noni packkan, rasanya gift untuk tetamu ni...Terima kasih atas tempahan ini. Counting the day ekk he he he ..Jangan lupa apamwarnawarni for your wedding day on oktober 2011.


terima kasih sekali lagi..nice to see you..

Friday, February 11, 2011

Apam Warna Warni

 gebunya apam hari ini..agaknya cik noni senyum lebih kot....he he he.. terima kasih dari saya Hadi dr shah alam 200pcs dan 250pcs Cik Nurul kita dari K.lumpur dan tambahan 20pack. Dan juga Cikgu Edi 100pcs. Terima kasih banyak..
ini juga tempahan dari Ayom lagi he he...terima kasih sekali lg Ayom. Kali ini nak bawa apamwarnawarni ke Singapore pula... jauh apam cik noni berjalan..pas ni terkenal di Singapore pulok..ha hah hah .... Terima kasih Ayom..

Saturday, February 5, 2011

cup cakes and cake Anita

cupcakes ini ditempah dari K.Anita sempena hari Anniversary Ayah dan Ibu yang ke 53tahun jauh bawa cupcakes ini ke Ipoh semoga perjalanan selamat semuanya..saya ucapkan selamat ulangtahun  ke53tahun..terima kasih semua.


terima kasih sekali lagi..next time boleh oder lagi..
 ikut tema berwarnakan pink. dan lembut...
ada lg...
kek coklat ditempah dari Kak Anita juga untuk makan-makan sempena anniversary ibunya..terima kasih banyak atas sokongan..sampai kita jumpa lg..

Apam Warna Warni

tempahan kali ini datangnya dr Ayom 350pcs sempena order majlis cukur jambu puterinya di Johol, melaka pada 3hb Februari 2011 baru-baru ini. Kata Ayom biasanya dia order Apam bungkus dengan daun yang terkenal di Johol.. Disebabkan oleh hujan dan banjir tak dapat lah mengambil daun tersebut..Takpe lah Ayom order aje dengan kakengku noni ni ya. kawan lama tempat kerja masa di shah alam. lain kali order lagi..Terima kasih banyak Ayom....
 tempahan ini juga datangnya dari Pn Hawa sebanyak 750pcs di shah Alam, tempah sebelum cuti raya cina baru-baru ini..terima kasih banyak ya kak. Rasanya tak sempat ambil gambar utk apam Pn Hawa.. gambarnya sama aje..ok aje lah ya..Terima kasih banyak Puan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...