Monday, March 28, 2011

Apam berwarna warni

lama juga rasanya tak up-load gambar-gambar ni....maklumlah sibuk sangat minggu ini... ini sebahagian gambar yang cik noni sempat ambil. tempahan dari kawan-kawan..terima kasih banyak...

Tempahan dari Pn Rozi Dari Putrajaya. Sebanyak 1300pcs (100pack). Terima kasih banyak. dan juga Kak Norliza dari Kelana jaya 150pcs, sempena birthday anaknya.. Terima kasih banyak...



tempahan dari azie putrajaya sebanyak 100pcs..terima kasih banyak...
Al-Fatihah...

Dikesempatan ini cik noni ucapkan takziah kepada keluarga Hj Zachariah atas Permergian Isteri tersayang Hjh Azizah bt.Hj Darus yang tinggal di Shah Alam Selangor..beliau telah kembali ke rahmatullah pada 28hb Mac 2011 Isnin pada jam7.50pg semalam..Cik noni memang kenal rapat dengan beliau. Beliau adalah Ibu mertua kepada kekanda ku Tengku Anita. Terlalu sedih atas permergian beliau kerana beliau adalah seorang yang peramah dan penyayang kepada semua orang....

Al-fatihah semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang solehah...amin...

Apam Warna warni

Thursday, March 24, 2011

Apam berwarna warni


tempahan dari Pn Hawa dari Shah Alam Selangor. Tempahan sebanyak 1200pcs. dan juga dari Kmai 200pcs. Terima kasih banyak..

Cup Cakes utk Hantaran Tunang Nani

Tempahan dari Nani lagi untuk Hantaran Pertunangan. Kali ini Nani minta cik noni hiaskan dalam kotak. Pilihan Nani kali ini berwarna purple dan putih. Kebanyakkan nya pilihan nani nak yg lebih kurang sama yang sebelumnya..Terima kasih atas tempahan ini..
 





 kotak hantaran dari cik noni...

terima kasih nani..

Wednesday, March 23, 2011

Memulakan Perniagaan Internet 6


HARI 6: Laman web  - Memiliki laman web sendiri

Cara yang lebih profesional menjalankan perniagaan di Internet adalah dengan memiliki laman web sendiri. Memiliki laman web sendiri adalah langkah utama dalam menjalankan perniagaan Internet.

Tak kira apa sahaja yang anda niagakan, sama ada produk, perkhidmatan atau informasi, laman web merupakan "kedai" anda di Internet. Ketika ini, untuk memiliki laman web, kosnya adalah amat rendah.

Seperti sekiranya anda mempunyai kedai di sesuatu kawasan perumahan, anda perlu membayar sewa bulanan untuk mengendalikan kedai tersebut. Di Internet juga, anda perlu membayar 'sewa'. Sewa menjalankan perniagaan di Internet dengan laman web anda sendiri adalah agak murah, iaitu dalam lingkungan RM100-RM200 setahun sahaja yang dibayar kepada syarikat Web Hosting. Ya, setahun... bukan sebulan!

Dan lebih menariknya, kedai anda bukan sahaja buka untuk sesuatu kawasan perumahan sahaja- tetapi ianya dibuka dan boleh mendapat pelanggan dari serata dunia!

Berikut adalah sedikit antara contoh laman web yang diusahakan oleh usahawan Internet tempatan:

apamwarnawarni.blogspot.commenjual kuih dan kek sekitar lembah kelang.
www.halalgelatine.com - menjual gelatin halal ke seluruh dunia!
www.nazira.biz - menjual tudung kepada pelanggan Malaysia dan Asia Tenggara!
cupcake-kakengku.blogspot.com - menjual kek cawan kepada pelanggan-pelanggan Malaysia!

Terdapat dua pilihan untuk memiliki laman web anda sendiri:
  1. Belajar membina laman web sendiri (DIY)
  2. Upah orang lain membinakan laman web
1. Belajar membina laman web sendiri
Bagi yang berminat, terdapat kelas-kelas belajar membina laman web dijalankan. Membina laman web sendiri tidak lagi susah seperti 10 tahun lalu, oleh kerana, kini terdapat perisian/software yang memudahkan kita membina laman web.

Dalam kata lain, sekiranya anda pandai menggunakan perisian seperti Microsoft Word, anda sudah boleh membina laman web asas! Untuk membina laman web, perisian seperti NVU, Dreamweaver atau Frontpage boleh digunakan.

2. Upah orang lain membinakan laman web
Tidak semestinya anda membina laman web anda sendiri. Anda boleh juga mengupah orang membina laman web untuk anda. Seperti memiliki kedai, bukan anda yang bertukang untuk membina atau 'renovate' kedai tersebut- tetapi anda mengupah orang melakukan kerja-kerja tersebut.

Sama seperti memulakan perniagaan Internet- tidak semestinya anda membina laman web (kedai) anda sendiri. Anda boleh mengupah sahaja orang lain yang lebih mahir membinanya untuk anda. Untuk membina laman web asas juga tidak memakan belanja yang tinggi- dalam lingkungan RM200-RM300 sahaja, anda boleh memiliki laman anda sendiri.

Anda kini telah mendapat idea apa yang boleh diniagakan di Internet, sama ada produk, perkhidmatan atau informasi, dan juga platform untuk berurusan di Internet iaitu melalui blog, facebook atau laman sendiri.

Tip:
Tak kira sama ada anda membina laman web anda sendiri atau mengupah orang lain membina untuk anda, ianya amat penting untuk anda tahu apakah ciri-ciri laman web yang boleh mengubahkan pelawat menjadi pelanggan.
Isi kandungan sesuatu laman web perlu boleh mengubahkan pelawat menjadi pelanggan. Gabungan teknik penulisan jualan, psikologi perniagaan dan perkataan-perkataan yang boleh menjual akan menggandakan keuntungan sesuatu laman web perniagaan Internet.

Sila ke http://cupcake-kakengku.blogspot.com/ untuk hari 7

Tuesday, March 22, 2011

Kembara KGL Ke Melaka 12-13hb Mac 2011

Kembara Grand Livina Malaysia kali ke4 ke Melaka. Kali ini ciknoni bagi apam warna warni berwarna hijau pula..maklumlah mengikut tema hijau...

Terima Kasih kepada Penyelaras yang telah bersusah payah menjayakan perjalanan kami dengan jayanya..


 Dan juga kepada semua yang telah rasa apam warna warni ciknoni dan berterima kasih banyak-banyak ya.

 Ini adalah sebahagian gambar yang cik noni ambil semasa kembara Livina ke Melaka.

  Pertandingan bowling pada pagi Ahad 13hb Mac 2011.. Tahniah pada pemenang.

 didepan kedai makan naiman dimelaka..
 macam biasa iskandar memang takut naik lif..setiap kali naik lif nangis...
 sesi bergambar semasa makan malam di Dvillage resort....


Saturday, March 19, 2011

Cupcake Ceklong..

 Tempahan dari Ceklong..sempena kelahiran baby girl najwa...sebenarnya cupcakes ini nak dibawa kepejabat untuk makan-makan katanya..maklumlah dah lama cuti ..selamat bekerja semula ceklong...
terima kasih atas tempahan ini...

Apam berwarna warni

 Tempahan dari Pn Hawa sebanyak 300pcs, dan juga 300pcs dari Leen ambil di P.jaya. 300pcs dr Ingrid Bkt Jelutong. dan juga sabriah 200pcs. Terima kasih semua..

Monday, March 14, 2011

Apam Utk Majlis Perkahwinan Ayu

Selamat Pengantin Baru
Tempahan dari Ayu untuk Majlis Perkahwinan bertemakan Biru dan Putih..
Tahniah Ayu dari saya dan Keluarga...
Apam setelah dipack..tempahan ini sebanyak 1100pcs. Terima Kasih Ayu..

Apam berwarna warni

kali ini tempahan dari K.Mai Meru 200pcs dan Knita Bkt Jelutng 300pcs, wani utk birthday anaknya 100pcs,  Dan Juga Ina dr Bukit Kapar 100pcs, Kmai Lg 300pcs..Terima kasih atas sokongan anda...

dan juga Pn Hawa dr Shah Alam 300pcs. KYan dari Setia Alam sebanyak 400pcs.
terima kasih sekali lg...

Thursday, March 10, 2011

Memulakan Perniagaan Internet 5


HARI 5: Laman web  - Berniaga melalui Facebook

Berkemungkinan besar, anda mempunyai akaun Facebook. Kita gunakan Facebook untuk berhubung dengan kenalan atau keluarga kita.

Selain daripada blog, Facebook juga merupakan sejenis laman web yang boleh menjadi platform perniagaan anda. Tidak kira sama ada anda menjual produk, perkhidmatan atau informasi, Facebook boleh digunakan untuk mempromosikan perniagaan anda.

TETAPI!
Berhati-hati kerana RAMAI yang mempromosikan perniagaan mereka cara salah di Facebook. Mungkin anda pernah kena TAG gambar anda dengan promosi perniagaan orang lain bukan? Ataupun mungkin ada orang lain meletakkan IKLAN di bahagain comments status anda? Ataupun anda mendapat message PROMOSI dari seseorang yang anda tidak kenal mengenai perniagaan mereka?

Adakah anda suka apabila ini terjadi? Rata-ratanya ramai yang tidak suka apabila dilimpahi cara promosi sebegini. Ianya dikenali sebagai SPAMMING. Spamming Facebook bermaksud, mempromosikan sesuatu perniagaan secara membuta tuli kepada sesiapa sahaja di Facebook.

JANGAN lakukan ini oleh kerana seperti anda, orang lain juga turut tidak suka perbuatan sebegini. Ianya hanya menjatuhkan kredibiliti sesuatu perniagaan sekiranya melakukan spamming.

Jadi, apakah caranya promosi di Facebook?
Caranya adalah dengan membina jaringan dan membina kredibiliti. Jangan anggap Facebook sebagai tempat promosi perniagaan anda, tetapi anggapnya sebagai tempat membina jaringan dan kepercayaan antara anda dan bakal-bakal pelanggan anda.

Perbanyakkan kongsi maklumat-maklumat yang berguna berkenaan industri anda. Contoh, sekiranya anda menjual tudung, kongsikan kaedah mengikat tudung, gambar-gambar artis kegemaran anda yang mengenakan fesyen tudung, atau klip-klip video yang berkaitan sehingga videoclip Maher Zain pun boleh! Bila banyak berkongsi maklumat, keyakinan dan kredibiliti dapat dibina, dan di siti, sekali sekala, baru promosikan dan beri sesuatu diskaun untuk tudung yang dijual. Kemudian, kongsikan lebih banyak maklumat semula! Dengan melakukan cara ini, lebih ramai akan menyertai Facebook anda dan mereka akan sukakan anda sebagai seorang usahawan!

Promosi dibolehkan melalui Facebook, tetapi, jangan lakukan promosi membuta tuli sehingga orang tidak gemar kaedah anda. Lakukan 'soft selling' dengan cara banyak berkongsikan maklumat, dan hanya sekali-sekala kongsikan mengenai perniagaan anda.

Tidak kira apa sahaja yang anda jual, kongsikan banyak maklumat dan lebihkan maklumat berkaitan dengan industri anda daripada lebihkan promosi semata-mata. Bila anda banyak berkongsi maklumat, lebih ramai yang akan menyertai Facebook anda dengan pantas. Dan ini merupakan prospek-prospek perniagaan anda!
Melalui Facebook, anda perlu membina jenama anda sebegini untuk menjamin kejayaan perniagaan anda jangka panjang.

Tip:
Tahukah anda, kini syarikat-syarikat besar seperti Coca Cola, Toys R Us, Starbucks dan sebagainya berlumba-lumba menggunakan Facebook dalam meningkatkan jualan mereka?

Pemilik Facebook Mark Zuckerberg telah menghasilkan kaedah yang paling tepat dan efektif dalam promosi perniagaan- dan ianya merupakan teknik HOT untuk tahun 2011 (dan 2010 bagi mereka yang sudah tahu!) ini dalam memasarkan sesuatu perniagaan.
Apa yang lebih penting adalah, teknik ini berkos amat rendah dan dapat meyasarkan tepat kepada prospek-prospek terbaik anda tidak kira di Malaysia atau dimana sahaja di dunia! Syarikat-syarikat besar menggunakan teknik ini, dan anda juga perlu menggunakannya!

Monday, March 7, 2011

Memulakan Perniagaan Internet 4


HARI 4: Laman web  - Perniagaan Internet menggunakan blog

Harapnya, anda telah dapat idea mengenai jenis-jenis perniagaan yang boleh dijalankan di Internet. Langkah seterusnya, apabila sudah tahu apa yang boleh anda niagakan, adalah anda memerlukan laman web untuk menjalankannya, tak kira sama ada menjual pakaian bayi, produk kesihatan, perkhidmatan menjahit, atau menjual informasi cara bermain muzik, pastinya anda memerlukan laman web!

Antara cara mudah memiliki laman web adalah dengan mempunyai blog. BLOG, berasal daripada perkataan Web Log- yang pada asalnya seperti satu diari atau jurnal online.

Pastinya anda pernah melawati blog-blog di Internet bukan?
Berita baiknya, blog kini bukan sekadar diari atau jurnal sahaja, tetapi sering digunakan untuk berniaga! Dan anda juga boleh mulakan perniagaan Internet anda melalui blog.
Gunakan blog untuk meletak gambar produk-produk anda dan juga informasi berkaitan dengan produk anda. Serta kan sekali kaedah anda terima bayaran- cara paling mudah adalah untuk pelanggan bank-in harga barangan tersebut ke bank anda.

Bermacam-macam blog perniagaan boleh didapati di Internet. Sebagai contoh, http://www.emmagem.com/ adalah perniagaan Internet yang pernah keudara di program radio "Up the Ante" BFM (89.9fm). Laman ini menggunakan blog sebagai platform menjual produk fesyen & lifestyle!

Yang menarik juga adalah, blog asas boleh dihasilkan secara percuma! Anda hanya perlu daftar di http://www.blogger.com untuk mendapatkan akaun blog untuk perniagaan anda. http://shopmycloset.blogspot.com/ adalah contoh penggunaan akaun blog percuma untuk berniaga produk fesyen juga.

Zaman ini, memulakan perniagaan Internet adalah mudah dan murah (ada juga yang percuma). Dengan hanya mempunyai blog, anda boleh menjual apa sahaja produk, perkhidmatan atau informasi anda kepada pengguna Internet serata dunia!

Tip:
Terdapat terlalu banyak blog di Internet masa kini. Sehingga ianya dikatakan untuk setiap jam, 3,000 blog baru di bina di Internet!
Namun begitu, blog masih merupakan cara yang amat penting dalam perniagaan Internet. Blog yang mendapat ramai pengunjung yang berulang akan dapat membina kepercayaan dan juga jenama perniagaan anda. 

Sila ke http://apamwarnawarni.blogspot.com/ untuk hari 5 & 6

nabilah cupcakes..

chocolate wafer roll c/w buttercream..untuk nabilah..

Apam Utk Perkahwinan Nur Liyana Amalina


Walimatul Urus...
Nur Liyana Amalina Bt Ahmad Lokman & Mohd Rizduan Bin Mat Ali
jauh -jauh kapal datang..
jintan selasih dimasak minyak..
tuan jauh kemari datang..
terima kasih lah banyak-banyak....

Pilihan dari Manja UntukMajlis Perkahwinan bertemakan Oren sebanyak 2800bj.
Terima kasih banyak...










cantik nya ....pelamin..semua bunga hidup warnawarni..bercampur dengan ros oren segar..

ini lah pengantinnya..Nur Liyana Amalina..panggilan manja...
Tahniah...Dan selamat pengantin baru..dari Cik Noni dan Keluarga...

ada lg...

 500pcs lg untuk tetamu makan-makan... terima kasih dari saya atas tempahan ini...

Masa Bercuti di Pangkor

Pulau Pangkor..Mmg cantik..suasana dan permandangan tenang,..air laut kebiruan...
pada masa ini anak2lah paling gembira..mmg tak sabar nak mandi katanya....jom layan....


macam biasa anakda Iskandar mmg takut naik feri...fobia dari umur 7bulan lg, masa tu pergi keLangkawi..sampai sekarang masih takut...lebih-lebih lg kalau naik lif mmg menangis....

ini adalah sebahagian gambar yg sempat cik noni ambil...bercuti di Teluk dalam Resort Pulau Pangkor...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...