Tuesday, March 20, 2012

100biji Cupcakes Mickey

tempahan dari K.Yan Setia Alam sebanyak 100biji cupcakes perisa Vanila dan Coklat.. bertemakan biru sempena majlis kenduri Akikah dijohor.. terima kasih kak kerana sentiasa memberikan sokongan..



Monday, March 19, 2012

Cupcakes Tunang

terima kasih kak erma atas tempatan 2 set cupcakes biru dan pink vanila dan coklat. untuk majlis pertunangan anak saudaranya diperak..terima kasih..







Cheese Tart

Cheese Tart

Tart Crust
Bahan-bahan :
  • 170 gm marjerin
  • 50 gm gula aising
  • 1 biji telur Gred B
  • 290 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuatnya :
  1. Pukul marjerin dan gula
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak.

Cream Cheese Filling

Bahan :
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara membuatnya :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam crust tat. Strawberry @ Blackberry.. Sekiranya ada..
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Sunday, March 18, 2012

Selamat Bertunang Asha dan Shamin

Tempahan dr Nor untuk sahabatnya sempena majlis pertunangan..Terima kasih Nor..



Apam Warna Warni Dan Apam Polkadot

Tempahan dari Pn Anita Bukit Jelutong sebanyak 550biji..terima kasih. dan Pn Hawa dr Shah Alam 250biji, dan Cikgu (lupa nama maafkan saya cikgu) dr Klang 300biji. dan juga  Tempahan dari Yanti Kapar sebanyak 240biji dan Apam Polkadot 300biji. Terima kasih.






Monday, March 5, 2012

Selamat Bertunang Khairil & Ema

 tempahan dr Nurul kek Coklat untuk majlis pertunangan kawannya Ema..Tahniah..dan terima kasih..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...