Sunday, October 27, 2013

Apam Dot Dot

tempahan dari Intan karangkraf. tema merah hitam..


Pakej Kek Perkahwinan

Cuti Sekolah hampir tiba.. Majlis Kahwin pun dah semakin dekat.. NONIE Bakery menawarkan pakej kek perkahwinan untuk bakal pengantin. 
Jika berminat bolehlah berhubung dengan KakEngku Noni di talian 0192649858..

PAKEJ SEPANJANG
 OKTOBER - DISEMBER 2013

1. Kek 3 tingkat, bunga boleh pilih warna. 
10", 8" dan 6". Perisa Coklat dan Vanila dgn Buttercream topping.

2. Mini muffin Choc Chip 500biji
 3. Apam Warna warni 500biji 
4. Cupcakes 25biji deco ikut tema anda.

harga keseluruhan hanya RM650 kini RM550 sahaja.







Muffin n Cupcakes

tempahan dari Ika 800biji mini muffin dan Cupcake tema biru dari Taman Seri Putri Meru, Klang. Sempena majlis cukur jambul anak lelakinya..
 terima kasih Ika.









Thursday, October 24, 2013

Promosi Muffin Choc Chip

Kepada bakal bakal Pengantin yang mencari door gift untuk Majlis Perkahwinan, dapatkan Muffin Choc Chip dengan harga Rm0.80 sebiji. Minimun order 1000biji. 
Hubungi saya segera promosi ini sehingga Disember 2013.


o

Karipap

tempahan dr Maybank Sg Buluh, karipap inti kentang dan Apam Mekar kesukaan ramai. terima kasih.


 






Monday, October 21, 2013

Apam Mekar


tempahan dari Wani Bkt Jelutong. terima kasih



Kelas Bulan November




Kelas Talam 
3 Jenis Talam Popular masa kini
Talam Keladi, Talam Lapis dan Talam Roti Paun
Tarikh 9/11/2013 Sabtu
Masa : 10pagi -3ptg
Tempat : NONIE Bakery, Meru Klang
Fee : Rm120

Kelas Apam Mekar dan Apam Dot Dot
Tarikh 16/11/2013 Sabtu
Masa : 10pg - 2ptg
Tempat : NONIE Bakery, Meru Klang
Fee : Rm80.00
Jangan lepaskan peluang.. hubungi saya..

Sunday, October 20, 2013

Choc Frasier Indulgence

tempahan dari Que Anita.. Choc Frasier Indulge

 RM68. size 8"


Egg Tart

Dibuka utk tempahan Yummy Egg Tart RM1.50 satu. 
Min oder 20biji.
 Collect sendiri di Meru Klang.







Talam Lapis n Keladi

tempahan dari Rohaya Jalan Dusun. Talam Keladi dan Talam Lapis Sharmeen



Talam Keladi

tempahan dari Pakcik Naha. Talam keladi..



KELAS APAM MEKAR DAN APAM DOT DOT


Alhamdulilah Syukur..hajat saya nak buat kelas apam tahun ini tercapai.. atas permintaan kengkawan dan juga saudara mara saya laksanakan kelas pertama saya di Meru klang. Kelas Apam Mekar @ Apam warna warni dan Apam Dot Dot yang mendapat tempat dihati peminat serata lembah klang.. terima kasih atas sokongan semua.. tanpa anda siapalah saya. Dengan tulus ikhlas saya kongsi resepi dalam kelas saya. yang berminat saya ulang kelas ini pada bulan november pula. InsyaAllah resepi ini boleh bawa berniaga dan untuk jamu saudara mara dan taulan. 






 









nak mendeco apam jom join kelas saya akan datang.. maklumat lanjut hubungi saya 0192649858.




Berhati Hati kengkawan..

Maafkan saya Puan Fatin .. saya terpaksa cerita disini.. dan saya tak mahu peniaga- peniaga kecil macam saya ini kena tipu dari puan FATIN ..Tempahan pertama dari Puan Fatin tinggal di Taman bukit Subang u16/13 Denai Alam. Minta saya hantar kerumahnya. Nak saya tulis ker no rmhnya.. saya rasa tak perlu kot. Apapun terima kasih tempahan pertama dari Puan. Jumlah rm52.


 

Tempahan ke dua  dari Fatin.. RM455


 

 
 
banyakkan.. saya minta deposit utk rm100 keatas. Alasan yg diberikan ala kak kawasan rumah saya banyak perompak dekat Petronas tu selalu kena rompak  nak bankin susah la. boleh ya kak. Akk pun dah kenal rumah saya..semua tempahan tu comfirm kak. Akk htr je rumah saya. dengan rasa percaya saya kata ok takpe saya boleh htr rumah, tp saya caj htr.. dia kata ok. Pada pagi sabtu tu dia minta saya jumpa di petronas yg dikatakan selalu kena rompak, dan hanya membayar rm315. Baki lagi rm140 katanya adik saya belum bagi lagi duit selebihnya. Dan berjanji akan bankin baki pada malam tersebut mengunakan maybank. Tempahan tersebut saya serahkan pada puan fatin.

Keesokanya saya terima sms/wassup baki payment dah ada.. tp nak oder lagi sabtu depan.. Alhamdulilah dpt lg tempahan. 


Tempahan ketiga rm327 termasuk baki payment rm140.

 
banyakkan..hmmm.. 

petang tersebut saya dpt panggilan dr fatin katanya anak adik dia masuk hospital jatuh kat taska tak sedarkan diri. kena hantar kat HKL Kuala Lumpur.  katanya juga adiknya tinggal kat kawasan rumah dia juga..tp lorong je lain. Hmmm... sblm ini dlm wassup mention adik duk kat Ampang, mana satu yg betul tak tahu. Ya Allah terkejut juga saya budak jatuh.. kena buat repot polis jatuh kat taska. Ada keluar TV ke pasal ini? tp kenapa pula dia cerita semua ini ekk. dia bgtau takde kat rumah nak tgk anak adik kat hospital. So aku tyn lg jam berapa ada rmh?? katanya malam sikit ada. ok aku htr malam..dan sempat juga bgtau kat fatin nak payment FULL..katanya ok nnt saya ckp kat dia. (adiknya la kot). petang tu sya sms nak htr mlm dalam jam 9 insyaAllah saya sampai. dia sms balik duit nanti saya bagi kat anak tp saya ada kat umah dlm jam 10mlm. (pjg lak cerita..haha...ayat berterabur )  mmg pjg la wei..  Saya rasa macam kena tipu pun ada.. sakit hati pun ada. alahai kena la tanggungkan..dah nasib kita berniaga nak buat macamana redha ajelah..

saya pun tak tahu nak cakap apa niat dia sebenarnya.. ada duit ke takde duit ke...hmmm.. apa sebenarnya masalah dia saya tak tahu.. dia berniaga? dia buat kenduri? hanya Allah yang tahu... mmg pada mlm tersebut saya tak htr pun kerumahnya..berbagai alasan dia bagi. sms minta saya htr pepagi jam 6.30pg rumahnya..buat apa la pagi sgt? Hairan betul.. lepas tu dia call nak saya  hantar separuh oder aje malam tu. Yang separuh lg htr kat rumah adik dia Pening saya dibuatnya nak buat kerja dua kali adooi. lewat malam tu dia call minta htr pagi dlm jam 10pagi. Pada pagi itu juga saya dapat sms dia dah bankin baki duit rm140 tu kedalam akaun saya. Alhamdulilah terima kasih. Tp tempahan yg dia buat ini????  nak bawa kemana.. saya cuba hubungi dia lg dan lg jam berapa nak htr tiada jawapan sms/ wassup tak jawab..sampai la sekarang.. kenapa dia tak hubungi saya balik kalau la ada masalah.. kenapa tak bgtau? Kenapa la dia buat macam tu? sebelum ini tempahan dari customer yang lain kalau dgn kadar yg sikit saya tak minta deposit pun hantar je  kat customer. Saya sgt sayang kueh yg dah dibuat tak ada org ambil. sebab semua bahan yg dibuat itu gunakan DUIT..bukannya AIR.

Ya Allah kalau benar anak adik dia tu jatuh saya doakan semoga dia cepat sembuh.. Moral of the story beringat ingat la.. kena minta deposit walaupun nilainya sikit..

Akhir kata dari saya..Terima kasih atas pengajaran ini Puan Fatin. Allah lebih mengetahui dan menolong hamba hamba yang lemah. Kueh kueh yg telah Fatin tempah ini telah saya sedekahkan kepada yang memerlukan. Semoga Allah mengampunkan dosa dosa kamu dan keluarga kamu..Amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...