Monday, May 11, 2015

Kongsi berita Gembira 2014

Assalamualaikum.. salam sejahtera dan selamat pagi..

Lama betul tak bersembang disini.. ramai bertanya tak buat tempahan lagi ke? untuk pengetahuan semua saya masih lagi membuat tempahan..oleh kerana tahun lepas anak-anak nak menghadapi peperiksaan PT3 dan UPSR 2014 jadi kekangan masa untuk baking kurang sikit..tumpukan pada anak dahulu...

Syukur semuanya Allah permudahkan buat kami sekeluarga.. Anak Pertama Nik Liyana berjaya dalam Pt3 dia memperolehi 6A 3B dan 1C PT3 2014 baru- baru ini..Syukur berkat doa semua Alhamdulilah..agak susah katanya kerana Pt3 soalannya semua bertulis...Alhamdulilah buat anak kerana berusaha untuk capai apa yg dia inginkan.. Tahniah kerana mendapat Anugerah Cemerlang Pt3 baru-baru ini disekolah.. **mama yg naik pentas

Anak kedua Nik Aisyah juga telah berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR 2014. Juga Anugerah yg tidak ternilai pd Mama dan Juga Abahnya.. kerana dia Terpilih Tokoh Emas dan juga Tokoh Pelajar cemerlang di sekolahnya. Diiringi murid cemerlang Mumtaz di SRA.

Anugerah kecemerlangan 2014 Tokoh Murid,Anugerah Kecemerlangan Kokorikulum Negeri Selangor 2014,Anugerah Kecemerlangan Sekolah Rendah Negeri Selangor (tmp ketiga), Anugerah pelajar Mumtaz 2014, Anugerah Tokoh pelajar cemerlang SkSB,Anugerah Dr MUda cemerlang 2014 dan Anugerah Khas 2014, Johan Kuiz Dr Muda peringkat Kebangsaan.

Alhamdulilah syukur berkat doa semua dia telah berjaya. semoga dia terus kekal berjaya di dunia dan akhirat..

Alhamdulilah... kedua-duanya berjaya ke Sbp.. sebenarnya dua-dua saya mohon Mrsm dan juga sbp.. Yg mana keputusan keluar dulu itulah rezekinya.. Alhamduliah rezeki kamu sbp anak..teruskan lah..










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...