Showing posts with label Perniagaan Internet. Show all posts
Showing posts with label Perniagaan Internet. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

Memulakan Perniagaan Internet 9


HARI 9: Cara terima bayaran  - Jangan lupa cek dan wang pos

Anda kini tahu cara menerima bayaran menggunakan bank-in, online banking dan juga kad kredit. Jangan lupa pula kaedah pembayaran yang agak 'tradisional', tetapi masih ramai menggunakannya.

Mereka di luar bandar, terutamanya yang sukar mendapat akses perbankan, akan menggunakan perkhidmatan Wang Pos melalui pejabat pos. Manakala mereka yang menjalankan perniagaan dan ingin melakukan belian untuk perniagaan, sering menggunakan cek sebagai kaedah pembayaran.

Pembeli akan menghantar Wang Pos atau cek ke alamat anda (pastikan anda memberi alamat penuh anda di laman anda), dan anda perlu membawa wang pos tersebut ke Pejabat pos, atau cek ke bank anda untuk menunaikan bayaran tersebut.

Proses menerima bayaran cara ini, mungkin memakan masa beberapa hari, namun, di Internet, anda hanya melakukan penghantaran produk atau perkhidmatan anda apabila pembayaran telah anda terima secara penuh- bererti, selepas wang pos ataupun cek tersebut berjaya ditunaikan.

Walaupun kedua cara ini adalah agak lambat, dengan memberi pilihan kaedah ini kepada mereka yang lebih selesa melakukan bayaran Wang Pos ataupun cek, anda dapat memaksimakan jualan perniagaan anda.

Wednesday, May 18, 2011

Memulakan Perniagaan Internet 8


HARI 8: Cara terima bayaran  - Terima bayaran kad kredit

Ramai yang ingin tahu bagaimana caranya menerima bayaran berbentuk kad kredit daripada pelanggan. Apabila menjalankan perniagaan di Internet, menyediakan kemudahan pembayaran melalui kad kredit adalah amat penting oleh kerana ia memudahkan pelanggan membuat bayaran terus secara online.

Untuk menyediakan kemudahan terima bayaran mengguna kad kredit, caranya tidak begitu susah dan juga tidak mahal. Dengan menggunakan perkhidmatan 'Merchant Account' online seperti PayPal.com, RBSWorldPay.com atau iPay88.com, anda boleh menerima bayaran kad kredit daripada pelanggan anda.

Merchant account boleh di ibaratkan seperti 'orang tengah' dalam menerima bayaran kad kredit dari pelanggan bagi pihak anda. Pelanggan akan melakukan pembayaran kad kredit kepada merchant account, dan merchant account bertanggungjawab menyalurkan pembayaran tersebut ke akaun bank anda. Seringkali, merchant account akan mengambil sedikit % (3%-5%) harga produk yang anda niagakan, sebagai bayaran perkhidmatan mereka.

Adalah dicadangkan anda menggunakan PayPal.com sebagai permulaan oleh kerana PayPal tidak mempunyai bayaran/yuran pendaftaran. Merchant account seperti RBSWorldPay.com  dan iPay88.com mengenakan yuran pendaftaran, dan ada juga merchant account yang mengenakan yuran bulanan. PayPal.com juga merupakan syarikat yang bereputasi tinggi dalam menyediakan perkhidmatan merchant account kepada usahawan Internet serata dunia termasuk Malaysia.

Untuk mendaftarakaun PayPal.com anda, lawati http://www.PayPal.com dan baca maklumat yang diberikan untuk kefahaman yang lebih mendalam.

Sekiranya perniagaan anda mengsasarkan pelanggan luar negara, pastikan anda mempunyai merchant account seperti PayPal.com kerana pelanggan luar sering melakukan pembayaran menggunakan Kad Kredit. Tak lupa juga sebahagian daripada pelanggan dalam Malaysia juga lebih cenderung melakukan bayaran menggunakan kad kredit.

Sunday, April 3, 2011

Memulakan Perniagaan Internet 7


HARI 7: Cara terima bayaran  - Pelanggan Bank-in

Cara paling mudah untuk menerima bayaran daripada pelanggan anda adalah menerima bayaran melalui bank-in. Anda hanya perlu memberi maklumat perbankan anda untuk pelanggan melakukan bayaran bagi produk atau perkhidmatan yang anda niagakan di Internet. Mereka boleh melakukan pembayaran melalui mesin ATM bank anda ataupun di kaunter bank terus ke akaun bank anda.

Dengan kemudahan perbankan Internet kini, pembayaran menjadi semakin mudah. Pelanggan juga tidak perlu pergi ke bank untuk melakukan bayaran. Mereka boleh terus membuat bayaran (fund transfer) melalui Internet banking bank mereka seperti Maybank2U atau CIMB Clicks, ke bank anda (tidak kira bank apa pun).

Cara bank-in ini adalah mudah dan selamat untuk anda menerima bayaran dari pelanggan tempatan. Apabila pelanggan anda telah membuat pembayaran, minta mereka SMS atau email pada anda nombor transaksi pembayaran atau bukti pembayaran yang telah dilakukan. Dengan maklumat ini, anda boleh merujuk akaun anda sama ada pembayaran telah dijelaskan ataupun belum.

Sekiranya pembayaran telah dijelaskan, maka, transaski telah berlaku dan anda perlu melakukan penghantaran produk anda atau menjalankan perkhidmatan anda untuk pelanggan tersebut.

Cara meminta pelanggan anda bank-in pembayaran adalah cara mudah dan amat efektif untuk pelanggan tempatan.

Tip:
Salah satu misi utama seseorang usahawan Internet adalah untuk membina kepercayaan pada pelanggan supaya mereka yakin untuk melakukan bayaran.
Terdapat langkah-langkah mudah yang boleh dilakukan di sesuatu laman web untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pelawat untuk melakukan bayaran.

Sila ke http://apamwarnawarni.blogspot.com/ untuk hari 5 & 6

Wednesday, March 23, 2011

Memulakan Perniagaan Internet 6


HARI 6: Laman web  - Memiliki laman web sendiri

Cara yang lebih profesional menjalankan perniagaan di Internet adalah dengan memiliki laman web sendiri. Memiliki laman web sendiri adalah langkah utama dalam menjalankan perniagaan Internet.

Tak kira apa sahaja yang anda niagakan, sama ada produk, perkhidmatan atau informasi, laman web merupakan "kedai" anda di Internet. Ketika ini, untuk memiliki laman web, kosnya adalah amat rendah.

Seperti sekiranya anda mempunyai kedai di sesuatu kawasan perumahan, anda perlu membayar sewa bulanan untuk mengendalikan kedai tersebut. Di Internet juga, anda perlu membayar 'sewa'. Sewa menjalankan perniagaan di Internet dengan laman web anda sendiri adalah agak murah, iaitu dalam lingkungan RM100-RM200 setahun sahaja yang dibayar kepada syarikat Web Hosting. Ya, setahun... bukan sebulan!

Dan lebih menariknya, kedai anda bukan sahaja buka untuk sesuatu kawasan perumahan sahaja- tetapi ianya dibuka dan boleh mendapat pelanggan dari serata dunia!

Berikut adalah sedikit antara contoh laman web yang diusahakan oleh usahawan Internet tempatan:

apamwarnawarni.blogspot.commenjual kuih dan kek sekitar lembah kelang.
www.halalgelatine.com - menjual gelatin halal ke seluruh dunia!
www.nazira.biz - menjual tudung kepada pelanggan Malaysia dan Asia Tenggara!
cupcake-kakengku.blogspot.com - menjual kek cawan kepada pelanggan-pelanggan Malaysia!

Terdapat dua pilihan untuk memiliki laman web anda sendiri:
  1. Belajar membina laman web sendiri (DIY)
  2. Upah orang lain membinakan laman web
1. Belajar membina laman web sendiri
Bagi yang berminat, terdapat kelas-kelas belajar membina laman web dijalankan. Membina laman web sendiri tidak lagi susah seperti 10 tahun lalu, oleh kerana, kini terdapat perisian/software yang memudahkan kita membina laman web.

Dalam kata lain, sekiranya anda pandai menggunakan perisian seperti Microsoft Word, anda sudah boleh membina laman web asas! Untuk membina laman web, perisian seperti NVU, Dreamweaver atau Frontpage boleh digunakan.

2. Upah orang lain membinakan laman web
Tidak semestinya anda membina laman web anda sendiri. Anda boleh juga mengupah orang membina laman web untuk anda. Seperti memiliki kedai, bukan anda yang bertukang untuk membina atau 'renovate' kedai tersebut- tetapi anda mengupah orang melakukan kerja-kerja tersebut.

Sama seperti memulakan perniagaan Internet- tidak semestinya anda membina laman web (kedai) anda sendiri. Anda boleh mengupah sahaja orang lain yang lebih mahir membinanya untuk anda. Untuk membina laman web asas juga tidak memakan belanja yang tinggi- dalam lingkungan RM200-RM300 sahaja, anda boleh memiliki laman anda sendiri.

Anda kini telah mendapat idea apa yang boleh diniagakan di Internet, sama ada produk, perkhidmatan atau informasi, dan juga platform untuk berurusan di Internet iaitu melalui blog, facebook atau laman sendiri.

Tip:
Tak kira sama ada anda membina laman web anda sendiri atau mengupah orang lain membina untuk anda, ianya amat penting untuk anda tahu apakah ciri-ciri laman web yang boleh mengubahkan pelawat menjadi pelanggan.
Isi kandungan sesuatu laman web perlu boleh mengubahkan pelawat menjadi pelanggan. Gabungan teknik penulisan jualan, psikologi perniagaan dan perkataan-perkataan yang boleh menjual akan menggandakan keuntungan sesuatu laman web perniagaan Internet.

Sila ke http://cupcake-kakengku.blogspot.com/ untuk hari 7
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...