Assalamualaikum... Salam Ceria dipagi Rabu...tinggal 2hari lagi kita akan menyambut RAMADHAN.....saya dan keluarga mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa pada semua umat islam. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan..
Alhamdulilah, sebelum ramadhan kami dari PERSATUAN PEMILIK GRAND LIVINA WILAYAH TENGAH (CENTRAL LIVINIAN ASSOCIATION) KEMBARA AMAL MERISIK KHABAR ke Rumah Jagaan Orang-Orang Tua Al-Ikhlas ke Puchong, dalam pada itu Program Amal ini juga mendapat sambutan dari kelab kereta yang lain Odesey. PPEOC, G14,4x4, MMC, dan PDRM ...tempat berkumpul di Geng Conner Seksyen 13, Shah Alam...
terima kasih buat warga MMC dan juga PDRM atas bantuan mengiringi konvoi kami ke destinansi..
sebahagian sumbangan dari kami ..dan juga wang ringgit..Alhamdulilah..terima kasih semua..
Konvoi sepanjang 2km...sebanyak 41kereta Central Livinian, 50kereta Persona (PPEOC),4kereta MYODC, 3 Kereta Stream, kereta Hilux dan G14 kenderaan sebanyak 7, 11 biji Motorbike MMC dan 4biji Motorbike PDRM, dan 1 kereta PDRM.
menunggu selepas tol putrajaya, sebahagian konvoi PPEOC tersasar ke jalan lain..
ada seramai 55 warga emas di
sini...30 mak, 25 lagi ayah...mmg tak mampu nak tahan airmata bila
berada di sini...
Cerita dari seorg sahabat anis suraya..
ada sorang ayah tu, usianya 71 tahun, nampak anis masuk
utk uruskan hal di dapur, dia tiba2 lambai anis ..bila anis datang
dekat, dia ckp anis ni muka mcm muka anak pompuan dia..kemudian ayah
mengadu dia kena stroke dah 2 bulan..kena org uruskan dia sbb sebelah
badan dia x boleh bergerak..ayah tunjuk tangan dia..anak ayah ada 5
org..dan ayah cakap anak2 dia baik...mmg sebak...
ada seorang
mak, anak dia 3 org...sorang kat london 2 lagi kat KL..anak2 dia semua
sayang kat dia..jaga baik sampai lah satu masa, anak2 beliau minta tukar
hak milik harta milik beliau ke nama mereka...bila dah ditukar...mereka
buang mak ke sini...mmg x mampu nak tahan air mata melihat air matanya
mengalir keluar...tergamaknya insan yang bernama anak..


Mak ini membawa hatinya yang lara mengenangkan anak2nya yang telah
membuang beliau, merajuk tak mahu makan...namun dipujuk oleh "anak" ini
untuk makan bersamanya...Dan "anak" ini telah berjaya memujuk emak yang
kesedihan ini..dan akhirnya "anaknya" dapat menyuap mak makan
tengahari...Wahai anak2..kasihilah ibu bapa anda selagi mereka masih ada
hayat..janganlah buang mereka dari kasih sayang anda semua...