Mari buat Muffin coklat Berbadam Kelapa
Bahan Bahan
250g Tepung Gandum
250g Gula
175g Kopi Segera
175g Mentega
100gm Coklat
175g Serbuk Badam
175g Kelapa Kering
1 Biji Telur
1/2 sudu kecil isen vanila
1/2 sudu kecil serbuk penaik
Cara Menyediakan
1.Didihkan air (double boil) kemudian cairkan kopi, gula mentega dan coklat dlm bekas. Kacau sehingga cair dan sebati. Setelah cair angkat dan ketepikan.
2. Pukul telur sehingga gebu. Kemudian ambil mangkuk lain dan masukan tepung, serbuk penaik dan isen vanila. Tuangkan adunan yang telah dicairkan tadi. Kemudian tuangkan telur. Masukkan kelapa kering dan serbuk badam. Kacau perlahan-lahan sehingga rata.
3. Akhir sekali tuangkan sedikit adunan kedlm acuan kertas bakar pada suhu180*C selama 20minit...
4. Sedia dihidangkan...dan selamat mencuba.
Jadual Kak Engku
Monday, December 20, 2010
Mini Chocolate Cakes
Untuk tempahan mini chocolate cakes dari kak engku..perisa coklat..hanya RM6.00.
untuk Doorgift Majlis Perkahwinan..
Apam Warna Warni
Tempahan dari Puan Hawa 650pcs dari shah alam, dan 300pcs dari Puan Has Kg subang, 100pcs Kak Mai dr Meru, 100pcs (25pack) dari Nurul Meru, dan 200pcs dari azie Putrajaya (25pack) Kak Minah 100pcs Meru, dan juga Puan Saodah dari Meru 150pcs. Terima kasih dari saya sekeluarga...
Tuesday, December 14, 2010
Jalan Jalan
jalan-jalan hari minggu bersama keluarga...iskandar tengah merenung masa depan ke!... kat putrajaya balik dari rumah kawan ada kenduri doa selamat..
pusing-pusing bandar putrajaya...ada satu pertandingan kereta cantik berbagai warna dan aksesori kereta dan berjenama..tertarik utk melihat...lebih lebih lg
pusing-pusing bandar putrajaya...ada satu pertandingan kereta cantik berbagai warna dan aksesori kereta dan berjenama..tertarik utk melihat...lebih lebih lg
wah...ini kereta saya yang punya ha.. ha.. ha...
di depan tasik...cantik betul..... bersama liyana, aisyah,nabilah n iskandar..
Saturday, December 11, 2010
Apam Warna Warni
tempahan dari Pn Azizan Subang Jaya sebanyak 200pcs. dan Pn Nor lg 100pcs. Pn Ina dari Bukit Kapar 100pcs dan juga Pn Zurina ...thanks atas sokongan anda semua..
Apam Warna Warni
kata orang tak kenal maka tak cinta...eh eh..berfalsafah pula lah cik noni ni........cik noni cukup mesra dengan semua orang...baru ini jumpa farah waheeda first order dari farah tak berkesempatan nak berborak..kali kedua order dapat lah berbual panjang gitu...terima kasih farah...nice to meet u..lain kali kita jumpa lg.
Thursday, December 9, 2010
Apam Warna Warni
tempahan dari cik nor lg...sebanyak 600pcs. terima kasih cik nor. dan juga tempahan dari manja untuk kawannya sebanyak 250pcs terima kasih ya...
Tuesday, December 7, 2010
Friday, December 3, 2010
Apam Warna Warni
tempahan dari Pn. Farah 100pcs, Rafkah 200pcs. Dan juga Pn. Zila Klang 200pcs...dan juga Pn.Nor 300pcs boleh dikatakan setiap minggu ada tempahan dari Pn.Nor.. terima kasih atas sokongan semua...
terima kasih sekali lagi dari saya untuk semua..
Thursday, December 2, 2010
disember dah...
pejam celik sudah masuk bulan disember 2010....rasanya cepat betul masa berlalu. Keperluan persekolahan anak-anak saya belum shopping lagi...anda bagaimana? Hari ini saya nak kongsi resepi jom tengok...
Resepi Roti berkentang...mari mari buat
100g Ubi kentang
500g Tepung Roti
100g Mentega
20g Yis
150ml Air
50ml Susu UHT
Garam dan Gula Secukupnya.
Cara Memasak
1.Rebus Ubi kentang sehingga empuk. Kemudian hancurkan. Ketepikan.
2.Setelah itu masukkan tepung roti, mentega, yis, garam, gula dan ubi kentang yang telah dihancurkan tadi.
3. Seterusnya masukkan bahan tersebut kedalam pengisar. Masukkan susu dan air sedikit demi sedikit. Putar sehingga sebati.
4. Kemudian uli adunan tersebut dan bentukkan menjadi bulat seberat 200g.
5. Akhir sekali bakar pada suhu 200'C selama 20minit.
Resepi Roti berkentang...mari mari buat
100g Ubi kentang
500g Tepung Roti
100g Mentega
20g Yis
150ml Air
50ml Susu UHT
Garam dan Gula Secukupnya.
Cara Memasak
1.Rebus Ubi kentang sehingga empuk. Kemudian hancurkan. Ketepikan.
2.Setelah itu masukkan tepung roti, mentega, yis, garam, gula dan ubi kentang yang telah dihancurkan tadi.
3. Seterusnya masukkan bahan tersebut kedalam pengisar. Masukkan susu dan air sedikit demi sedikit. Putar sehingga sebati.
4. Kemudian uli adunan tersebut dan bentukkan menjadi bulat seberat 200g.
5. Akhir sekali bakar pada suhu 200'C selama 20minit.
Apam Warna Warni
dari Pn Nor sebanyak 300pcs, Pn Hawa dari shah Alam sebanyak 600pcs, dan juga Pn Inda dari Bkt Jelutong 300pcs..Terima kasih semua..
Apam Warna Warni
Subscribe to:
Posts (Atom)


