Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, August 21, 2010

Bahan Asas Untuk Membuat Biskut

Baking Tips

Tepung: Pembentuk struktur utama dan agen untuk mencampur-adukkan bahan lain.
Mentega: Memberikan kelembutan dan mengelakkan pembentukan gluten berlebihan semasa proses menguli.
Gula: Menyumbang rasa manis dan tekstur kepada biskut. Gula akan cair semasa dibakar dan menyebabkan biskut mengembang, lebih besar saiz gula, lebih besar biskut mengembang.
Telur: Menjadikan biskut lembut dan rapuh.
Penaik: Menbantu mengawal dan meningkatkan saiz biskut.

Petua Membuat Biskut
1. Sukat tepung dengan tepat. Terlampau banyak tepung akan menyebabkan biskut keras dan kering. Terlampau sedikit tepung akan menyebabkan doh melekit dan sukar diterap.
2. Lembutkan mentega dengan betul. Mentega keras/beku sukar disebatikan dengan bahan lain. Manakala cair akan mengubah struktur biskut. Potong kecil mentega dan biarkan pada suhu bilik akan mempercepatkan masa melembutkannya.
3. Gunakan bahan yang baru/segar. Baki bahan yang sudah lama tidak digunakan mungkin sudah tidak berfungsi dengan baik.
4. Semua bahan pada suhu bilik. Ini untuk mendapatkan hasil yang optumum.
5. Tidak terlalu lama menguli. Terlalu lama menguli akan menyebabkan gluten (protein tepung) terlalu banyak terbentuk dan menyebabkan biskut tidak cukup kembang dan keras.
6. Gunakan emplex untuk mendapatkan biskut yang ringan dan rangup. Sukatan 0.2% daripada berat tepung yang digunakan.
7. Jarakkan biskut semasa membakar. Ini untuk memastikan haba dapat sampai sekata kesemua biskut.
8. Panaskan ketuhar 10-15minit lebih awal. Oven yang tidak dipanaskan akan menyebabkan biskut lambat masak ditengah dan hangit dilluar.
9. Kurangkan sedikit masa membakar. Kurangkan masa membakar kurang 1-2minit kerana haba daripada dulang pembakar masih terus membakar biskut setelah dikeluarkan dari oven.
10. Sejukan biskut yang telah siap dibakar di atas "ware rack" untuk mengelakkan bahagian bawah biskut lemau.

Monday, July 5, 2010

Bila kek tidak menjadi, Apa masalahnya?

Sumber : Majalah Saji

Bila bahagian tengah kek mendap:
•Suhu ketuhar tidak panas sewaktu adunan dimasukkan pada peringkat awal;
•kek tidak dimasak dengan kadar waktu yang tepat.
•Penutup ketuhar terlalu cepat dibuka, sebaik sahaja kek masak. Oleh itu anda jangan keluarkan kek sebaik sahaja ia masak. Biarkan ia sejuk dalam ketuhar.
•Penutup ketuhar sering dibuka ketika kek sedang dimasak.

Bila kek tidak naik sekata:
•Tepung tidak digaul sebati dan sekata
•Suhu dalam ketuhar juga tidak sekata dan kepanasannya tidak merata.
•Suhu ketuhar terlalu panas.

Jika adunan mentega berketul dan tidak sebati:
•Mentega dan telur yang digunakan mengkin tidak berada dalam suhu bilik sewaktu ia digunakan.
•Adunan mentega dan gula tidak gebu.
•Terlalu cepat memasukkan telur dalam adunan.

Bila kek merekah:

•Ketuhar terlalu panas.
•Jika kita gunakan krismis dalam adunan kek, hal seperti ini pasti akan menjadi jika krismis ataupun buah-buahan kering yang lain tenggelam dibahagian bawah adunan.
•Buah-buahan kering yang digunakan terlalu besar dan berat.
•Buah-buahan kering tidak digaul terlebih dahulu dengan tepung sebelum ia dimasukan dalam adunan.
•Adunan dipukul terlalu lama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...