Sunday, October 31, 2010

Video Apam Warna Warni..

Video Apam Warna Warni..

Resepi Kek untuk Asrul..

Formula untuk cupcake sama aje dengan formula untuk kek.. coma masa bakar tu masukkan dalam bekas yang kecik supaya senang untuk di Nggapp...

KEK COKLAT / CUP CAKE
 
BAHAN A : diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate

BAHAN B :
4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu segar
1 cwn minyak/mentega/majerin
1½ cwn air panas mendidih

CARA MEMBUATNYA :

Pukul gula dan telur sehingga kembang (high speed) dalam 10 minit . Kemudian masukkan susu segar, pukul sekejap dan masukkan minyak/mentega/majerin dan pukul menggunakan aras low speed .

Masukkan bahan A iaitu tepung  sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati. Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).

Akhir sekali saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi, jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .

RESEPI UNTUK COKLAT TOPPING :
300 gm krim pekat/putar
500 gm coklat masakan(cincang halus)
30 gm mentega

Kaedah asas membuat topping:
1) Cincang coklat masakan kecil-kecil.Masukkan mentega sekali dengan coklat yang sudah dicincang ini.
2) Panaskan krim hingga mendidih. Angkat.
3) Masukkan coklat dalam krim dan kacau hingga coklat cair.
4) Biarkan ia sejuk beberapa minit sebelum digunakan. 
( Boleh juga teknik double boiling untuk masak coklat ganache ini)
 

Saturday, October 30, 2010

Cup cakes Manja

Tempahan dari Manja bagi pihak kawan nya...katanya nak warna warni bunga...cari dalam google cupcake yang bersesuaian...untuk tema tersebut...terima kasih manja..

Cake Chocolate 29hb dan 30hb

Tempahan dari Puan Nor , Puan Miza Subang , Puan Aslita Puchong , dan Tengku Nur zahirah untuk Majlis Cukur Jambul dan untuk Tengku Ninie Klang.. Terima kasih dari saya..

Concert Nabilah..

Saja nak interframe gambar anak, hari ini ada majlis convo dan concert di Prescott Ballroom Hotel Klang...seronoknya dia...

Apam Warna Warni 30hb

Tempahan dari Puan Nor, order bagi pihak kawan nya untuk Majlis cukur Jambul sebanyak 700pcs Apam dan 1biji kek coklat. Terima kasih banyak Puan Nor Meru. Dan juga 100pcs tempahan dari Puan Miza subang dan juga kek coklat. Terima kasih banyak ya..

Apam Warna Warni 30hb

Tempahan dari Puan Mai Meru, order bagi pihak kawan nya untuk kenduri kahwin sebanyak 450pcs..sebelum tu dah order 100pcs Apam. Terima kasih banyak kakmai. Dan juga Tempahan dari Puan Inda dr Bukit Jelutong 200pcs dan Puan Ingrid 150pcs dr Bukit Jelutong juga. Tempahan dari Puan Nor Meru sebanyak 200pcs . Terima kasih semua atas sokongan anda semua... 

Apam Warna Warni

Tempahan dari Puan Nurul Ain dari PJ 1000pcs Apam warni warni. Ambil kat rumah lagi. Untuk kenduri katanya.... Terima kasih banyak.. Insyallah kita jumpa lagi.

Tuesday, October 26, 2010

Cupcakes Tengku Ninie

Cupcakes for tengku ninie, untuk makan-makan....
mmmm... sedap.. bawa kereta elok-elok orang mengidam tu...
mmm...jauh perjalanan luas pandangan...

selamat menjamu selera.. tg.ninie dan kengkawan...


Sunday, October 24, 2010

Salam dan selamat Pagi semua

Jika ada tempahan melebihi dari 500pcs, sila membuat tempahan lebih awal, untuk mengelakkan sebarang kesulitan...
Harap maklum..

Salam Dan Selamat Pagi Semua..

Pertama sekali saya mohon maaf atas tidak dapat penuhi tempahan dari beberapa pelanggan saya tiga hari baru-baru ini yang membuat tempahan melalui e-mail. kerana laptop saya mengalami masalah dalaman yang tidak dapat saya elakkan. Semua email tidak dapat dibuka. Tunggu suami balik dari oustation dulu barulah boleh dibaiki.. UUUhhhhhhh setelah dibaiki my laptop saya sekarang berfungsi dengan baik..
Al maklumlah saya dah lama tinggalkan kerja dalam bidang teknologi maklumat ni, sekarang sibuk dengan bidang baking...lupa semua dah...

Jika ada pesanan ke tarikh lain yag ingin dibuat jika saya tidak memberi maklumbalas dalam masa 48jam silalah hubungi saya melalui telepon 0192649858 atau sms... sekian terima kasih dari saya...

Saturday, October 23, 2010

Apam Warna Warni

Ini tempahan daripada Pn. Nurul Ain sebanyak 700pcs Apam,  Pn Nor 250pcs dan En.Lokman 150pcs dan dari Pn Aty 200pcs.. terima kasih dari saya sekeluarga ats sokongan anda semua..

Happy Birthday Shauki

Ini tempahan dari Kakengku Ira , semalam baru order untuk birthday anaknya yang ke2 Tahun, Nik Muhamad Shauki...sama umur dengan anak saya...alhamdulilah dapat juga siapkan walaupun order last minute...cari aje dalam internet mana yg bersesuaian dengan anak lelakinya... terima kasih dari saya dan selamat hari lahir shauki....muaaaah...

Selamat Hari Lahir Shauki...semoga jadi anak yang baik..dan soleh..Terima kasih dari saya dan keluarga..

Happy Birthday Aty

Tempahan kek coklat dan Apam warna warni dari Aty sempena birthdaynya yang ke27 Tahun. Selamat Hari Lahir Aty Semoga bahagia dan sihat selalu.. Terima kasih dari saya atas tempahan cupcake, cake dan apam warna warni..salam sampai jumpa lagi...

Happy Birthday Nur Arissa Dania

Salam Semua dan Selamat Pagi...cupcake ini ditempah oleh Pn.Aty sempena birthday anak perempuannya Nur Arissa Dania 1Tahun..comel namanya secantik orangnya..cute sangat.., geram betul.....

ada lg...

ini adalah sebahagian gambar yg saya ambil... ada lagi tempahan dari aty adalah kek coklat sempena birthday nya juga..... dari saya selamat hari lahir Nur Arissa Dania semoga menjadi anak yang baik dan soleh...

Monday, October 18, 2010

cup cakes

Apam Warna Warni

Terima kasih Puan Marliah dari Klang untuk Majlis Perkahwinan anaknya.. 
Selamat Pengantin Baru dari saya sekeluarga..

Apam Warna Warni

Tempahan dari Pn Nor 200pcs, Pn. Ingrid 200pcs, Iqkha 200pcs, dan Pn. Inda 200pcs. Terima kasih banyak..atas sokongan anda semua..

Wednesday, October 13, 2010

Apam Warna Warni

Tempahan dari Ingrid 650pcs, dan 500pcs dari Pn.Siti Aminah.. Terima kasih atas sokongan anda.

Monday, October 11, 2010

Apam Tepung Gandum

Bahan-bahan:
450 gm tepung gandum
1/2 cawan gula
6 gm ibu roti (yis segera)
3 1/2 cawan air

Cara membuatnya :
1. Kisar air dan tepung gandum dalam blender hingga hancur.
2. Pindahkan adunan ke dalam mangkuk besar, masukkan gula dan kacau hingga larut.
3. Masukkan ibu roti dan kacau hingga larut. Tuangkan dalam acuan bulat 8 inci.Peramkan adunan 1 jam.
4. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih. Masukkan apam dan tutup. Kukus 30 -40 minit hingga masak.
Nota : Apam ini boleh dinikmati bersama kelapa parut dan digaul bersama sedikit garam.
Untuk mempercepat keaktifan yis, bancuh yis dengan sedikit gula dan 1/4 cawan air suam. Yis yang elok akan naik dan berbuih dipermukaan atasnya.

Apam Kukus

 Bahan Bahannya:
    * 2 biji telur
    * 125 gm gula halus
    * 250 gm tepung gandum (ayak)
    * 1 sudu besar overlette
    * 150 gm air susu
    * 1 sudu baking powder
    * 1 susu teh esen vanila
    * sedikit pewarna

Cara membuatnya:
Pukul telur dengan gula hingga kembang, masukkan ovalette dan pukul lagi kemudian masukkan air susu sambil dikacau hingga sebati.

Ayakkan tepung  dan masukkan baking powder ke dalam adunan telur, gaulkan hingga rata dan masukkan esen vanila sambil digaul lagi.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan. Sediakan acuan kecil di dalam tempat pengukus. Didihkan pengukus terlebih dahulu untuk selama 10 - 15 minit. Masukkan adunan tersebut dan kukus hingga masak.

Apam Gula Hangus

Bahan-bahan
1 cawan gula - dimasak hangus dengan 1/2 cwn air
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur ayam

Cara Membuatnya
1. Panaskan periuk kukus
2. Blend semua bahan termasuk gula hangus hingga sebati
3. Apabila air dalam periuk pengukus mendidih, tuangkan aduna ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit
4. Jangan buka tudung periuk kukus sebelum 30 minit,
5. Apabila cukup 30 minit, tutup api dan biarkan sebentar - 5-10 minit baru keluarkan.
6. Sedap dihidang semasa panas mahupun sejuk.

Friday, October 8, 2010

Apam Warna Warni

Terima kasih kepada Azhar TTDI 1000pcs, Pn. Has 500pcs, Asmida 250pcs, Pn. Nor 400pcs, Hadi 400pcs, K.Nita 200pcs, K.Lin 150pcs, dan Pn. Haiza 600pcs. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Monday, October 4, 2010

Cake Chocolate

Terima kasih kepada En.Azmi dan Pn. Ros Klang atas sokongan anda.

Happy Birthday Iqbal

Hari Lahir Iqbal 7 Tahun.. terima kasih kak lin.. selamat hari lahir iqbal.

Sunday, October 3, 2010

Apam Warna Warni

Terima kasih dari saya sekali lagi kepada Pn.Siti Aminah 500pcs, Pn Linda dari Puchong 200pcs, Pn Nor 150pcs, En. Azman dr Bukit Jelutong 200pcs dan Pn. Asmida 400pcs...

Apam Warna Warni

Tempahan dari GEV Pn. Aslita 300pcs, Ustazah  SRA Meru 100pcs, Pn Jamilah Meru 100pcs, Pn Ana TMM Meru 200pcs, Azmi dari Klang 100pcs, Syima dr Kg Medan 200pcs, Pn. Asmida 300pcs, Nizam 200pcs Putrajaya. dan Pn Nita 150pcs dari Bukit Jelutong..terima kasih dari saya sekeluarga atas sokongan anda...selamat menjamu selera...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...