Saturday, January 29, 2011

Apam Warna Warni

lama betul tak upload maklumlah sibuk bebenor dibuatnya...maklumlah sekolah dah buka sibuk sikitlah...  tempahan apam kali ini dari Manja 200pcs dan PnAm 100pcs, Pn Hawa 300pcs Kmai 100pcs dan KakNita terima kasih atas tempahan ini..

cupcakes oh cupcakes..

Salam semua...rasa lama betul tak bersembang dalam ruangan ini...Maklumlah sibuk bebenor....sibuk dengan kerja katakan...he he he..
Minggu depan dah raya Cina lama betul cutinya..kepada Kaum Cina Semua..saya ucapkan Gong Xi Fa Cai...dan selamat bercuti..berhati hati dijalan raya.Ok lah kita cerita pasal Cupcakes pula...
tempahan cupcakes ini dari Pn Nani, ini adalah kali ke2 ditempah dari nani..rasanya kali ini hadiah untuk saudaranya..terima kasih banyak nani atas sokongan...

order yg ini minta pink juga..Nani memang suka warna pink agaknya....mmg saya pun suka pink..he he he
 


terima kasih sekali lg..
 
ini untuk Que jaja..makan-makan saje..

Monday, January 24, 2011

Apam Warna Warni


Majlis perkahwinan anak lelaki Pn Norganah di Taman Selasih Fasa1, Gombak pada 23hb Januari 2011. Tempahan dari Pn Norganah sebanyak 1000pcs. Terima Kasih banyak...

Saturday, January 22, 2011

Hari Lahir UMMI

 Cukup menyentuh hatiku..lahirnya kata-kata dari anak untuk seorang yang bergelar IBU...
Selamat Hari Lahir UMMI...

Cukup sembilan bulan, dia lahirkan aku...
sepanjang tempoh tiga tahun,
hampir setiap malam terjaga,
kerana nak menjaga seorang anak,
yang punya pelbagai karenah.

Sewaktu umur 5 - 6 tahun,
bertungkus-lumus nak uruskan masa,
antara kerjaya seorang pendidik,
dan juga seorang ibu.

Sepanjang alam sekolah rendah,
tak pernah jemu mendidik aku,
hampir setiap hari tanya macam mana,
aku kat sekolah,
dan aku bahagia,
sebab dia tersenyum dengan 5A aku,
sewaktu UPSR....

Dengan kepercayaan yang tinggi,
dia hantar aku ke SBP,
berkorban segala-galanya demi aku,
dan sekali lagi aku gembira kerana....
aku tahu, dia bahagia...
selepas keputusan PMR aku, 9A...

Sekarang, dia semakin menghitung usia,
tapi aku tahu...
kasih sayangnya tak pernah pudar,
semuanya untuk  insan yang bergelar anak....

Dialah insan istimewa, tiada pengganti di dunia,
yang bertarung nyawa demi membolehkan...
aku melihat dunia,
Roslina bt. Marwan... ummi...

( Terima kasih anakku di atas nukilanmu yang menyentuh hati... )

Selamat Hari Lahir UMMI..ditempah dr Ustazah Lin..jauh bawa kek ni keMelaka lg..sambut hari lahirnya bersama puteri sulungnya..di asrama..Happy Family...

Thursday, January 20, 2011

cup cakes lg...

Bulan Januari 2011
diam tak diam sudah hampir setengah bulan kita sudah masuk tahun baru 2011..aduh sibuknya dengan perniagaan kecilku ini...kepada yang berbisness tentu seronokkan...dengan projek baru, dengan produk baru..apa2 apalah yg baru, dengan kelahiran baby baru.., aik topik lain ni...sebenarnya saya baru dapat anak saudara baru perempuan nama 3N lagi Nik Nurul Najwa..dilahirkan pada 17hb Januari 2011 di KPJ Selangor..teringat masa lahirkan Iskandar dulu..sampai je diHospital KPJ tu...bahamnya masih terasa..walaupun dah lama berlalu..Alhamdulilah Anakku Iskandar sekarang sihat walafiat.....Tahniah pada kekandaku Tg.Anita dengan kelahiran Puteri Secantik Mamanya. Katanya nak Putera tak dapat. lg..takpe lah cuba lg tahun depan hi hi hi...seronok betul ada baby...comel cute...

Makeup time...WOW
Aduh...sebenarnya saje ..ikut adik ke kelas makeup minggu lepas..seronoknya..dapat tengok org belajar makeup..kelas ni diajar oleh yg berpegalaman dari astro makeup artis lagi..kita yg tak pandai ni jadi pandai belajar cara makeup daripada A to Z di ajarnya..sebenarnya kita perlu belajar..sekadar nak makeup utk sendiri tu yg biasa semua org boleh..tp ada caranya..banyak peralatan dan bahan makeup yg digunakan...kita kena pandai kombinasikan warna tersebut supaya apa yg kita pakai nampak cantik dan sedap mata memandang..kalau tengok pada alat dan peralatan yang dibawa oleh semua orang lengkaplah macam-macam ada..yg kita ni baru nak belajar...takpe kita perlahan-lahan belajar..lama-lama berseri muka ciknoni dibuatnya...he hehe...oklah panjang pulak cerita ni.. kalau nak belajar personal pun boleh hubungi tengkuninie0126987070..he he promote sikit.. oklah kita cerita pasal cupcake pulak lah ya ini ada tempahan dari nabila shah alam untuk majlis harijadinya...terima kasih lah nabila atas tempahan ini...
simple aje diminta darinya...dan sama...terima kasih dari saya...
katanya nak makan-makan bersama keluarga...


Tuesday, January 18, 2011

Apam Warna Warni

tempahan 300pcs dari Pn Hawa dr Shah Alam , dan Pn. Inda dr Bukit Jelutong, dan juga K.mai dari meru. Pyan 500pcs..Dan Cikgu Anum dari Meru..terima kasih semua atas sokongan..

Friday, January 14, 2011

Mari Menghias kek

Mari Belajar Menghias Kek

Mari belajar membuat dan menghias kek..
Klik Sini
Sila rujuk ruangan Capaian untuk Bahagian 2 dan Bahagian 3..

Mini Cake Pn Zaiton.

 banyak betul gambar tak upload minggu ini..begitu sibuk dibuatnya..ok inilah 
mini cake chocolate rm5.00
doorgift mini cake chocolate, tempahan dari Pn zaiton sempena birthday anaknya..Terima kasih Pn.Zaiton atas tempahan ini..

Kek Coklat Kukus

kek kukus order by Ina dari Shah Alam, terima kasih banyak...

Wednesday, January 12, 2011

Apam Warna Warni



awal persekolahan...begitu sibuk dengan jadual baru...skrg ni kembali sibuk dibuatnya...sehingga tak sempat nak upload gambar ..oklah ini ada tempahan dari lokman 350pcs. terima kasih banyak...dan juga 200pcs dari Ciknor, 200pcs lagi dari asmida dan 200pcs dari Manja...terima kasih semua atas sokongan...


Friday, January 7, 2011

Apam Warna Warni

tempahan dari Manja sebanyak 450pcs. dan Kak Siti juga menempah sebanyak 300pcs untuk kenduri kahwin.dan juga tempahan dari Rozi putrajaya sebanyak 600pcs (75pack). terima kasih banyak..

Sunday, January 2, 2011

Tiramisu cake

Nak cuba buat kek tiramisu mai sini buat....
Bahan Bahan
10 Keping jejari span
Bahan Lapisan Inti
500g Keju mascarpone
2biji kuning telur
70g gula castor
2 sudu besar nescafe
175ml air
110gcoklat putih-cairkan
300g coklat masakan putih-parut
sedikit serbuk koko

Cara Menyediakan:
1. Untuk intinya, pukul keju mascarpone bersama gula dan kuning telur hingga sebati..
2. Susun satu lapisan jejari span di dalam mangkuk, renjiskan dengan larutan nescafe hingga basah dan taburkan hirisan coklat putih.
3. Sudukan keju mascapone keatasnya dan ratakan. Ulangi hingga habis dan ratakan permukaanya.
4. Ayakkan serbuk koko di atasnya sebagai hiasan. Sejukan didalam peti ais selama 2jam sebelum dihidangkan. Selamat mencuba..

Cup Cakes Cik Nor

tempahan dari Cik Nor...order bagi pihak kawannya..katanya untuk makan makan ..Terima kasih banyak...


terima kasih sekali lagi..

Apam Warna Warni

sedar tak sedar dah masuk tahun baru baru 2011...saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua...tempahan hari ini dari Pn Siti Khadijah sebanyak 300pcs, dan Cik Nor 200pcs, Cik Ana 200pcs dan juga Ina jauh betul rumahnya terima kasih banyak Ina...nanti kita jumpa lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...