Saturday, August 21, 2010

Bahan Asas Untuk Membuat Biskut

Baking Tips

Tepung: Pembentuk struktur utama dan agen untuk mencampur-adukkan bahan lain.
Mentega: Memberikan kelembutan dan mengelakkan pembentukan gluten berlebihan semasa proses menguli.
Gula: Menyumbang rasa manis dan tekstur kepada biskut. Gula akan cair semasa dibakar dan menyebabkan biskut mengembang, lebih besar saiz gula, lebih besar biskut mengembang.
Telur: Menjadikan biskut lembut dan rapuh.
Penaik: Menbantu mengawal dan meningkatkan saiz biskut.

Petua Membuat Biskut
1. Sukat tepung dengan tepat. Terlampau banyak tepung akan menyebabkan biskut keras dan kering. Terlampau sedikit tepung akan menyebabkan doh melekit dan sukar diterap.
2. Lembutkan mentega dengan betul. Mentega keras/beku sukar disebatikan dengan bahan lain. Manakala cair akan mengubah struktur biskut. Potong kecil mentega dan biarkan pada suhu bilik akan mempercepatkan masa melembutkannya.
3. Gunakan bahan yang baru/segar. Baki bahan yang sudah lama tidak digunakan mungkin sudah tidak berfungsi dengan baik.
4. Semua bahan pada suhu bilik. Ini untuk mendapatkan hasil yang optumum.
5. Tidak terlalu lama menguli. Terlalu lama menguli akan menyebabkan gluten (protein tepung) terlalu banyak terbentuk dan menyebabkan biskut tidak cukup kembang dan keras.
6. Gunakan emplex untuk mendapatkan biskut yang ringan dan rangup. Sukatan 0.2% daripada berat tepung yang digunakan.
7. Jarakkan biskut semasa membakar. Ini untuk memastikan haba dapat sampai sekata kesemua biskut.
8. Panaskan ketuhar 10-15minit lebih awal. Oven yang tidak dipanaskan akan menyebabkan biskut lambat masak ditengah dan hangit dilluar.
9. Kurangkan sedikit masa membakar. Kurangkan masa membakar kurang 1-2minit kerana haba daripada dulang pembakar masih terus membakar biskut setelah dikeluarkan dari oven.
10. Sejukan biskut yang telah siap dibakar di atas "ware rack" untuk mengelakkan bahagian bawah biskut lemau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...