Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

KUEH CARA UNTUK BERBUKA

Selamat Pagi semua.. diam tak diam hari ini dan 5hari berpuasa..semalam saya ada buat satu jenis kueh tradisi lama..ringkas dan cepat..pagi ini baru dapat upload...rasanya ramai antara kita gemar makan kueh manis - manis ni...cukuplah untuk kami sekeluarga... jom jengok sekejab resepi ..



Bahan-bahannya:
1cawan 1/2 tepung gandum
200ml santan kotak
1biji telur
1/2 cawan air
1helai daun pandan
sedikit pewarna hijau
Gula pasir secukupnya untuk inti 
Garam secukup rasa 
Sedikit minyak masak untuk acuan.

Cara-Cara..
  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama air, kemudian tapis. (jika tak nak letak daun pandan pun boleh juga) Satukan bersama santan, tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata hingga semua sebati, saya blend jer.. tambah garam secukup rasa. Kacau adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Sapukan sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat)
  3. Tuang adunan tadi dalam bekas bermuncung tuang hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih. Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati-hati bila keluarkan kuih dari acuan kerana iaiya panas..letak dan sejukkan. Hidangkan untuk berbuka puasa Selamat mencuba..

Monday, March 19, 2012

Cheese Tart

Cheese Tart

Tart Crust
Bahan-bahan :
  • 170 gm marjerin
  • 50 gm gula aising
  • 1 biji telur Gred B
  • 290 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuatnya :
  1. Pukul marjerin dan gula
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak.

Cream Cheese Filling

Bahan :
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara membuatnya :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam crust tat. Strawberry @ Blackberry.. Sekiranya ada..
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Wednesday, October 19, 2011

Apam Tepung Gandum..

Jom Cuba resepi ini...
BAHAN-BAHAN :
 
200 gram tepung gandum
50 gram tepung beras
75 gram cawan gula perang (brown sugar)
1 cawan air
6 gram yis + 1/4 cawan air, larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :
  1. Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata.
  2. Ratakan loyang bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang bahan. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
  3. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit. 
  4. Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....

Sunday, January 2, 2011

Tiramisu cake

Nak cuba buat kek tiramisu mai sini buat....
Bahan Bahan
10 Keping jejari span
Bahan Lapisan Inti
500g Keju mascarpone
2biji kuning telur
70g gula castor
2 sudu besar nescafe
175ml air
110gcoklat putih-cairkan
300g coklat masakan putih-parut
sedikit serbuk koko

Cara Menyediakan:
1. Untuk intinya, pukul keju mascarpone bersama gula dan kuning telur hingga sebati..
2. Susun satu lapisan jejari span di dalam mangkuk, renjiskan dengan larutan nescafe hingga basah dan taburkan hirisan coklat putih.
3. Sudukan keju mascapone keatasnya dan ratakan. Ulangi hingga habis dan ratakan permukaanya.
4. Ayakkan serbuk koko di atasnya sebagai hiasan. Sejukan didalam peti ais selama 2jam sebelum dihidangkan. Selamat mencuba..

Monday, December 20, 2010

Muffin coklat Berbadam Kelapa

Mari buat Muffin coklat Berbadam Kelapa
Bahan Bahan
250g Tepung Gandum
250g Gula
175g Kopi Segera
175g Mentega
100gm Coklat
175g Serbuk Badam
175g Kelapa Kering
1 Biji Telur
1/2 sudu kecil isen vanila
1/2 sudu kecil serbuk penaik

Cara Menyediakan
1.Didihkan air (double boil) kemudian cairkan kopi, gula mentega dan coklat dlm bekas. Kacau sehingga cair dan sebati. Setelah cair angkat dan ketepikan.
2. Pukul telur sehingga gebu. Kemudian ambil mangkuk lain dan masukan tepung, serbuk penaik dan isen vanila. Tuangkan adunan yang telah dicairkan tadi. Kemudian tuangkan telur. Masukkan kelapa kering dan serbuk badam. Kacau perlahan-lahan sehingga rata.
3. Akhir sekali tuangkan sedikit adunan kedlm acuan kertas bakar pada suhu180*C selama 20minit...
4. Sedia dihidangkan...dan selamat mencuba.

Thursday, December 2, 2010

disember dah...

pejam celik sudah masuk bulan disember 2010....rasanya cepat betul masa berlalu. Keperluan persekolahan anak-anak saya belum shopping lagi...anda bagaimana? Hari ini saya nak kongsi resepi jom tengok...

Resepi Roti berkentang...mari mari buat
100g Ubi kentang
500g Tepung Roti
100g Mentega
20g Yis
150ml Air
50ml Susu UHT
Garam dan Gula Secukupnya.



Cara Memasak 
1.Rebus Ubi kentang sehingga empuk. Kemudian hancurkan. Ketepikan.
2.Setelah itu masukkan tepung roti, mentega, yis, garam, gula dan ubi kentang yang telah dihancurkan tadi.
3. Seterusnya masukkan bahan tersebut kedalam pengisar. Masukkan susu dan air sedikit demi sedikit. Putar sehingga sebati.
4. Kemudian uli adunan tersebut dan bentukkan menjadi bulat seberat 200g.
5. Akhir sekali bakar pada suhu 200'C selama 20minit.

Sunday, October 31, 2010

Resepi Kek untuk Asrul..

Formula untuk cupcake sama aje dengan formula untuk kek.. coma masa bakar tu masukkan dalam bekas yang kecik supaya senang untuk di Nggapp...

KEK COKLAT / CUP CAKE
 
BAHAN A : diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate

BAHAN B :
4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu segar
1 cwn minyak/mentega/majerin
1½ cwn air panas mendidih

CARA MEMBUATNYA :

Pukul gula dan telur sehingga kembang (high speed) dalam 10 minit . Kemudian masukkan susu segar, pukul sekejap dan masukkan minyak/mentega/majerin dan pukul menggunakan aras low speed .

Masukkan bahan A iaitu tepung  sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati. Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).

Akhir sekali saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi, jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .

RESEPI UNTUK COKLAT TOPPING :
300 gm krim pekat/putar
500 gm coklat masakan(cincang halus)
30 gm mentega

Kaedah asas membuat topping:
1) Cincang coklat masakan kecil-kecil.Masukkan mentega sekali dengan coklat yang sudah dicincang ini.
2) Panaskan krim hingga mendidih. Angkat.
3) Masukkan coklat dalam krim dan kacau hingga coklat cair.
4) Biarkan ia sejuk beberapa minit sebelum digunakan. 
( Boleh juga teknik double boiling untuk masak coklat ganache ini)
 

Monday, October 11, 2010

Apam Tepung Gandum

Bahan-bahan:
450 gm tepung gandum
1/2 cawan gula
6 gm ibu roti (yis segera)
3 1/2 cawan air

Cara membuatnya :
1. Kisar air dan tepung gandum dalam blender hingga hancur.
2. Pindahkan adunan ke dalam mangkuk besar, masukkan gula dan kacau hingga larut.
3. Masukkan ibu roti dan kacau hingga larut. Tuangkan dalam acuan bulat 8 inci.Peramkan adunan 1 jam.
4. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih. Masukkan apam dan tutup. Kukus 30 -40 minit hingga masak.
Nota : Apam ini boleh dinikmati bersama kelapa parut dan digaul bersama sedikit garam.
Untuk mempercepat keaktifan yis, bancuh yis dengan sedikit gula dan 1/4 cawan air suam. Yis yang elok akan naik dan berbuih dipermukaan atasnya.

Apam Kukus

 Bahan Bahannya:
    * 2 biji telur
    * 125 gm gula halus
    * 250 gm tepung gandum (ayak)
    * 1 sudu besar overlette
    * 150 gm air susu
    * 1 sudu baking powder
    * 1 susu teh esen vanila
    * sedikit pewarna

Cara membuatnya:
Pukul telur dengan gula hingga kembang, masukkan ovalette dan pukul lagi kemudian masukkan air susu sambil dikacau hingga sebati.

Ayakkan tepung  dan masukkan baking powder ke dalam adunan telur, gaulkan hingga rata dan masukkan esen vanila sambil digaul lagi.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan. Sediakan acuan kecil di dalam tempat pengukus. Didihkan pengukus terlebih dahulu untuk selama 10 - 15 minit. Masukkan adunan tersebut dan kukus hingga masak.

Apam Gula Hangus

Bahan-bahan
1 cawan gula - dimasak hangus dengan 1/2 cwn air
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur ayam

Cara Membuatnya
1. Panaskan periuk kukus
2. Blend semua bahan termasuk gula hangus hingga sebati
3. Apabila air dalam periuk pengukus mendidih, tuangkan aduna ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit
4. Jangan buka tudung periuk kukus sebelum 30 minit,
5. Apabila cukup 30 minit, tutup api dan biarkan sebentar - 5-10 minit baru keluarkan.
6. Sedap dihidang semasa panas mahupun sejuk.

Wednesday, August 18, 2010

Resepi Biskut Berperisa Serbuk Badam

Mari kita belajar buat biskut Kirana Almond resepi dari puan samsiah juara kita Cabaran Biskut Daisy sehebat Chef. Mesti sedap..boleh cuba untuk hari raya nanti.

Bahan A
120g serbuk badam
180g tepung biskut
120g gula kastor
1 sude kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bicabonat

Bahan B
1 Biji kuning telur
1/4 sudu kecil garam halus

Bahan C
160-180 militer minyak jagung daisy

Bahan D (Sapuan telur pd loyang pembakar)
1 biji telur
1 sudu besar susu cair

Bahan E (Hiasan)
Coklat yang dimasak
Coklat putih
Serbuk roti
Hiasan tabur kecil coklat
Ceri merah.

Selamat mencuba...

Wednesday, August 4, 2010

Apam Seri Ayu

Bahan-bahan:
3 biji telur
240 gram gula
240 ml santan atau susu segar
1 sudu makan jus pandan
270 gram tepung gandum
1 sudu teh ovallate
1 sudu makan tepung kanji
1 biji kelapa muda parut (putih sahaja)
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
Pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukkan santan atau susu segar, ovallate dan tepung gandum. Gaul hingga sebati.

Panaskan kukusan dan sapu rata minyak pada acuan.

Gaul rata kelapa bersama garam. Masukkan sedikit kelapa tadi ke dalam acuan. Tekan hingga padat. Tuang adunan tepung memenuhi acuan tadi.

Masukkan ke dalam kukusan dan kukus hingga masak anggaran selama 15 minit. Keluarkan daripada acuan.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Tuesday, June 8, 2010

Apam Tepung Beras

Sumber SajiOnline

Bahan-bahan:
300 gm tepung beras
125 gm tepung gandum
190 gm gula
550 ml air
1 peket eno

Cara Membuatnya
1. Campurkan semua bahan dan kacau rata supaya adunan tidak berketul-ketul.
2. Kemudian tutup adunan supaya ia kembang.
3. Untuk mengukus apam, masukkan ke dalam bekas kecil dan kukus hingga masak ataupun kuih apam ini merekah di tengah-tengahnya.

Tuesday, June 1, 2010

Cup Cake Pandan

Sumber : Majalah Saji
Bahan-Bahan
250 gm mentega
30 gm coklat
230 gm tepung naik sendiri
230 gm gula halus
1 sudu besar pes pandan   
6 biji kuning telur (besar)
5 biji putih telur (besar)
Mangkuk kertas secukupnya
Ceri untuk hiasan
Cara Membuatnya
Mentega, coklat, pandan pes dipukul hingga pekat, masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga kembang, campurkan tepung naik sendiri sambil terus dipukul, ketepikan sebentar. Dalam bekas lain pukul putih telur hingga pekat dan kembang, campurkan ke dalam mentega pukul hingga rata. Isikan ke dalam mangkuk kertas, hias dengan ceri hijau dan bakar selama 35-40 minit dalam ketuhar bersuhu 150-175'C.

Monday, April 26, 2010

Apam Polka Dot


Resepi apam Polka Dot

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar/susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry/strawberry/lain2 - ikut citarasa
  • pewarna yang dibenarkan..


Cara Membuatnya :

  1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama / warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

Selamat mencuba...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...