"babies are a always more trouble than you thought but more wonderful...."
Jadual Kak Engku
Tuesday, November 30, 2010
Makan Mee Udang Mak Jah
Pada petang 28hb (ahad) kami menghala ke kuala sepetang untuk menikmati mee udang makjah...
memang betul sedap..rugi kalau tak makan...he he he.
memang betul sedap..rugi kalau tak makan...he he he.
mee udang mak jah ni memang terkenal...masuk tv dan paper lagi...
jika anda menghala ke kuala sepetang singgah lah kesana...rasa mee udang makjah...menyelerakan...
Mee udang Special mak jah RM11 (udang besar). biasa RM7 je.. (udang kecil)
kueh teow makjah RM7. sedap..
di depan kedai mak jah....kuala sepetang.
Sunday, November 28, 2010
Happy Birthday Yong
Birthday Yong..cupcake ditempah dari Puan Nor, Meru untuk Majlis hari jadi Yong...
terima kasih Kak Nor.
cupcake warna kuning...kak nor juga ada request letakan warna hitam putih.. pada mulanya saya tak berapa advance lagi buat bunga tulip ini...tapi disebabkan nak mencuba jadi apa salahnya kita cuba benda baru ya tak! tapi tak la cantik sangat.....
simple...lembut warna nya kuning, putih dan hitam... |
pertama kali buat bunga ni...ok lah... mencuba benda yang baru apa salahnya...he he he
terima kasih kak nor..
Cup Cakes Tunang
tempahan dari Puan Lin..rasanya tinggal kat di Taman Ehsan kepong...untuk majlis pertunangan adiknya..Lin request cupcake warna warni..temanya adalah silver...
jadi saya campurkan sikit la warna silver dan warna warni...
terima kasih lin..banyak2 atas sokongan..
Konvoi bersama Pemilik Grand Livina Malaysia
dua hari bersama pemilik Grand Livina malaysia memang menyeronokkan...disamping dapat berkenalan dan menggeratkan lagi siraturahim bersama keluarga...
lebih kurang 100kenderaan Grand Livina dari seluruh malaysia berkumpul di R&R Sungai Buluh..pada pagi 27hb tu...berbagai warna menuju ke Bukit Merah Laketown Resort.
bergambar bersama keluarga ketika berada di R&R Sungai Buluh.
Sumbangan dari Kakengku Apam warna warni
untuk
Pemilik Grand Livina seluruh malaysiasebanyak 85pack setiap satu keluarga...
pembahagian goody bag..kami tumpang je letak apam dlm goody ini...he he he terima kasih banyak2 ya....
Ini lah anak-anak kesayangan ku...permata hati ku... Liyana, Aisyah, Nabilah dan Iskandar.
Iskandar kenapa tak pandang kamera....!
bersama kak arin..kami bergaya depan motor besar tuhh....besar sungguh..
iskandar mana selalu tengok tempat lain masa ambil gambar!!
iskandar mana selalu tengok tempat lain masa ambil gambar!!
isk isk..isk kelau nak cerita panjang lagi nih....nnt saya uploadkan lagi yea gambar nya...pagi ini free sekejab....bukan apa ambil masa juga nih.....
Apam Warna Warni
Tempahan dari Pn. Siti Khadijah Kg Pandan dan Pn Salamiah dari Shah Alam, puan Salamiah ada menempah 100pcs apam berperisa saya tak sempat ambil gambar la... Dan juga tempahan dari Pn Nor .
terima kasih puan atas sokongan...
terima kasih puan atas sokongan...
Wednesday, November 24, 2010
Strawberry Coklat
Happy Birthday Nani
Tempahan dari Nani dari sek20 S.Alam kawan adik..sempena birthday nya esok.. Nani request minta color pink..bunga, hopefully nani suka ya..katanya nak makan ditempat kerja.
selamat hari lahir Nani..selamat panjang umur...bahagia hendaknya... terima kasih nani...
berbunga bunga...nani, pink color
Monday, November 22, 2010
Doorgift Majlis Perkahwinan
Tempahan Mini Cake Chocolate dibuka sekarang untuk doorgift Majlis Perkahwinan...
min order 200pcs
tempahan boleh dibuat sekurang-kurangnya 1bulan sebelum Majlis Perkahwinan...
dan juga deposit 50% bagi tempahan tersebut.........
Cake Chocolate Moist...
with casing, buttercream flower, and small spoon..dan juga riben..
RM6.00
Happy Birthday Adam
Happy Birthday Adam 5tahun....tak sabar tunggu kek nak tengok transformernya...he he he...
terima kasih cekngoh atas tempahan ini...
thanks again..
Apam Warna Warni
Tempahan dari Syikin dr Ijok, Pn Fatimah dari Meru, dan Pn Hawa dr Shah Alam..
Terima kasih atas sokongan anda.
Sunday, November 21, 2010
Cupcakes for Ika
Tempahan dari Ika dan PuanNor..utk makan-makan sempena convo Naha...
terima kasih Puan Nor dan Ika...
thanks ika..
Congratulations Naha
Tempahan dari Ika untuk Majlis Convo temannya Naha..Tahniah Naha...
pada mulanya ika request coloring flowers, tapi disebabkan suka sangat warna putih dan hitam mintalah saya tukar kepada cupcake hitam dan putih....suka sangat ika, katanya sampai sayang nak makan...isk isk isk ....
terima kasih ika...
Selamat Pengantin Baru Nur Fatimah
Selamat Pengantin baru buat Nur Fatimah dan Asrul Azan...Majlis di adakan di Intekma Resort Convention Centre Seksyen 7 Shah Alam, Selangor..Tahniah dari kami sekeluarga...
Tempahan dari Pengantin bertema kan Pink, Merah dan Putih...Terima kasih kepada Dr. Siti Khadijah Bonda kepada NurFatimah atas tempahan ini...
20.11.10
Thanks again...
Apam Warna Warni
Terima kasih sekali lagi buat Pn. Hawa atas tempahan apam 600pcs dan Pn Mai 500pcs Apam warna warni.
Happy Birthday Mak
Chocolate cake ke2 dari Puan Roslina..happy birthday kak..selamat panjang umur..bahagia hendaknya...terima kasih atas tempahan ini...dan tahniah atas kejayaan anak dalam UPSR 2010.
Terima kasih sekali lg...
Cake Tahniah Nana dan Aiman
Tahniah buat Nana atas cemerlang dalam UPSR 5A 2010, ini adalah hadiah dari Ibu dan Ayah nya....saya turut gembira dan berbangga di atas kejayaan anaknya. Buat Nana, semoga berjaya dalam apa jua bidang yg Nana ikuti...
ada lg ...
ada lg... cake ke2 dari Puan Roslina..
cerita kakengku
Coleteh kakengku..he he he..rasanya dah seminggu tak update blog cupcake ini..almaklumlah dalam minggu ini busy dengan apamwarnawarni tempahan untuk kenduri kahwin begitu banyak... cuti sekolah dah bermula anak2 sbuk bertanya bila nak pergi bercuti..mama dia pula sibuk dengan baking...he he he... oklah sampai kita jumpa lagi dengan coloteh dari kakengku ya...salam..
Thursday, November 18, 2010
Apam Warna Warni
Terima kasih atas tempahan kepada Kak Nor 840pcs, 150pcs Puan Am, 500pcs Kak Syima dari Kepong, 350pcs Puan Hawa dari Shah Alam, 200pcs Teacher Norbani dan Hanum, dan 200pcs Ina lagi...Terima kasih atas sokongan anda semua...
Top 20 Johnsons Baby of the year 2009
Nik Muhammad Iskandar...Alhamdulilah rezeki iskandar lagi...
Grand Final Johnsons Baby Of The 2009
With Erra Fazira...takut betul iskandar padahal nak usik anak kakerra baby alesya. Baby alesya cute comel betul..diam aje tak meragam...
Subscribe to:
Posts (Atom)