Thursday, June 2, 2011

Memulakan Perniagaan Internet 9


HARI 9: Cara terima bayaran  - Jangan lupa cek dan wang pos

Anda kini tahu cara menerima bayaran menggunakan bank-in, online banking dan juga kad kredit. Jangan lupa pula kaedah pembayaran yang agak 'tradisional', tetapi masih ramai menggunakannya.

Mereka di luar bandar, terutamanya yang sukar mendapat akses perbankan, akan menggunakan perkhidmatan Wang Pos melalui pejabat pos. Manakala mereka yang menjalankan perniagaan dan ingin melakukan belian untuk perniagaan, sering menggunakan cek sebagai kaedah pembayaran.

Pembeli akan menghantar Wang Pos atau cek ke alamat anda (pastikan anda memberi alamat penuh anda di laman anda), dan anda perlu membawa wang pos tersebut ke Pejabat pos, atau cek ke bank anda untuk menunaikan bayaran tersebut.

Proses menerima bayaran cara ini, mungkin memakan masa beberapa hari, namun, di Internet, anda hanya melakukan penghantaran produk atau perkhidmatan anda apabila pembayaran telah anda terima secara penuh- bererti, selepas wang pos ataupun cek tersebut berjaya ditunaikan.

Walaupun kedua cara ini adalah agak lambat, dengan memberi pilihan kaedah ini kepada mereka yang lebih selesa melakukan bayaran Wang Pos ataupun cek, anda dapat memaksimakan jualan perniagaan anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...