Thursday, July 26, 2012

Cheese Cake Blueberry

tempahan dari Khairul Meru klang, sempena Anniversary yang ke 7tahun Alhamdulilah..

 baru pertama kali buat blueberry cheese cake 1/2kg..Alhamdulilah jadi..terima kasih kerana memberi kepercayaan pada kakengku....dan khairul minta cheese cake di salut coklat..mmm rasanya feberetnya ni.. terima kasih... dan selamat berbuka..




Tuesday, July 24, 2012

KUEH CARA UNTUK BERBUKA

Selamat Pagi semua.. diam tak diam hari ini dan 5hari berpuasa..semalam saya ada buat satu jenis kueh tradisi lama..ringkas dan cepat..pagi ini baru dapat upload...rasanya ramai antara kita gemar makan kueh manis - manis ni...cukuplah untuk kami sekeluarga... jom jengok sekejab resepi ..



Bahan-bahannya:
1cawan 1/2 tepung gandum
200ml santan kotak
1biji telur
1/2 cawan air
1helai daun pandan
sedikit pewarna hijau
Gula pasir secukupnya untuk inti 
Garam secukup rasa 
Sedikit minyak masak untuk acuan.

Cara-Cara..
  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama air, kemudian tapis. (jika tak nak letak daun pandan pun boleh juga) Satukan bersama santan, tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata hingga semua sebati, saya blend jer.. tambah garam secukup rasa. Kacau adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Sapukan sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat)
  3. Tuang adunan tadi dalam bekas bermuncung tuang hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih. Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati-hati bila keluarkan kuih dari acuan kerana iaiya panas..letak dan sejukkan. Hidangkan untuk berbuka puasa Selamat mencuba..

HAPPY BIRTHDAY ANAK-ANAKKU

tempahan dari Ustazah Roslina dr SK Sungai Binjai sempena birthday anak-anaknya. 
Terima kasih kak.





Sunday, July 22, 2012

Apam Warna Warni

tempahan dari Puan Hawa Shah Alam 250pcs , Puan Nor Meru 100pcs, Nurul Ain 200pcs. 
terima kasih semua..



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

tempahan dari my sister Tengku Anita sempena menyambut ramadhan. siap potong sekali nak bawak ke opis katanya.. terima kasih..




Carrot Cake

tempahan dari Muhamad Najmi, Meru sempena majlis makan makan. terima kasih..


Thursday, July 19, 2012

Majlis Persaraan Guru

tempahan dari Ustazah Roslina untuk Majlis Persaraan Guru di SK Sungai Binjai.. terima kasih.




Wednesday, July 18, 2012

Kek Majlis Menyambut Ramadhan

tempahan dari Que Anita untuk majlis menyambut ramadhan untuk sekolah anak2..terima kasih..



Tuesday, July 17, 2012

Carrot Cake

tempahan dari Maria Shah Alam, terima kasih..



KEMBARA AMAL MERISIK KHABAR

Assalamualaikum... Salam Ceria dipagi Rabu...tinggal 2hari lagi kita akan menyambut RAMADHAN.....saya dan keluarga mengambil kesempatan  mengucapkan selamat berpuasa pada semua umat islam. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan..

Alhamdulilah, sebelum ramadhan kami dari PERSATUAN PEMILIK GRAND LIVINA WILAYAH TENGAH (CENTRAL LIVINIAN ASSOCIATION) KEMBARA AMAL MERISIK KHABAR ke Rumah Jagaan Orang-Orang Tua Al-Ikhlas ke Puchong, dalam pada itu Program Amal ini juga mendapat sambutan dari kelab kereta yang lain Odesey. PPEOC, G14,4x4, MMC, dan PDRM ...tempat berkumpul di Geng Conner Seksyen 13, Shah Alam...


 terima kasih buat warga MMC dan juga PDRM atas bantuan mengiringi konvoi kami ke destinansi..

 sebahagian sumbangan dari kami ..dan juga wang ringgit..Alhamdulilah..terima kasih semua..

 Konvoi sepanjang 2km...sebanyak 41kereta Central Livinian, 50kereta Persona (PPEOC),4kereta MYODC, 3 Kereta Stream, kereta Hilux dan  G14 kenderaan sebanyak 7, 11 biji Motorbike MMC dan 4biji Motorbike PDRM, dan 1 kereta PDRM.


  menunggu selepas tol putrajaya, sebahagian konvoi PPEOC tersasar ke jalan lain..





ada seramai 55 warga emas di sini...30 mak, 25 lagi ayah...mmg tak mampu nak tahan airmata bila berada di sini... 

Cerita dari seorg sahabat anis suraya..
 ada sorang ayah tu, usianya 71 tahun, nampak anis masuk utk uruskan hal di dapur, dia tiba2 lambai anis ..bila anis datang dekat, dia ckp anis ni muka mcm muka anak pompuan dia..kemudian ayah mengadu dia kena stroke dah 2 bulan..kena org uruskan dia sbb sebelah badan dia x boleh bergerak..ayah tunjuk tangan dia..anak ayah ada 5 org..dan ayah cakap anak2 dia baik...mmg sebak...

ada seorang mak, anak dia 3 org...sorang kat london 2 lagi kat KL..anak2 dia semua sayang kat dia..jaga baik sampai lah satu masa, anak2 beliau minta tukar hak milik harta milik beliau ke nama mereka...bila dah ditukar...mereka buang mak ke sini...mmg x mampu nak tahan air mata melihat air matanya mengalir keluar...tergamaknya insan yang bernama anak..

 Mak ini membawa hatinya yang lara mengenangkan anak2nya yang telah membuang beliau, merajuk tak mahu makan...namun dipujuk oleh "anak" ini untuk makan bersamanya...Dan "anak" ini telah berjaya memujuk emak yang kesedihan ini..dan akhirnya "anaknya" dapat menyuap mak makan tengahari...Wahai anak2..kasihilah ibu bapa anda selagi mereka masih ada hayat..janganlah buang mereka dari kasih sayang anda semua...

Monday, July 9, 2012

PROMOSI SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN

Assalamualaikum semua,
 
Atas permintaan kengkawan..CARROT CAKE DIBUKA UNTUK TEMPAHAN SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN SEHINGGA BULAN SYAWAL SAHAJA. carrot cake c/w cream cheese Sesuai untuk semua majlis.. hanya RM55 perbox.  untuk tempahan hubungi saya..



Wednesday, July 4, 2012

Happy Birthday Piya

tempahan dari Azie Putrajaya dan juga Apam warna warni..Terima kasih..
opppsss..lupa nak snap gambar apam..sorry..




Monday, July 2, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...