Tuesday, February 22, 2011

Memulakan Perniagaan Internet 1


HARI 1: Nak Jual Apa? - Jual Produk di Internet!

Seringkali ramai yang tertanya-tanya apa yang peru dijual di Internet. Langkah pertama dalam memulakan perniagaan Internet adalah, mempunyai sesuatu untuk dijual.

Berbagai-bagai produk boleh kita jual di Internet seperti kasut, baju, tudung, buku, kuih muih, ukiran al Quran, produk kesihatan, produk kecantikan, perfume dan macam-macam lagi- senarainya tiada had!

Satu cara yang baik untuk mengetahui produk apa yang kita harus jual adalah, fikirkan apa yang kita suka lakukan? Apakah minat kita? Produk apa yang kita sering menarik perhatian kita?

Sekiranya kita minat membaca, maka, mungkin buku merupakan produk terbaik untuk kita jual di Internet. Sekiranya suka membaca buku kewangan, apa kata jual buku-buku kewangan di Internet. Menjual sesuatu yang kita minat seperti buku pada permulaannya boleh menjana pendapatan sambilan. Dengan lebih pengalaman, tidak mustahil ia boleh menjanakan pendapatan sepenuh masa.

Sekiranya kita minat fesyen, pastinya produk fesyen boleh dijadikan produk untuk kita niagakan. Mungkin kita meminati fesyen muslimah. Maka, kita boleh menjual produk-produk yang berkaitan dengan fesyen muslimah. Produk fesyen mengikut trend sering menjadi permintaan yang tinggi di Internet.

Sekiranya kita pandai membuat kuih, tak salah meniagakan kuih-kuih kita melalui Internet. Kuih tradisional, cupcakes atau muffin sudah mula dijual di Internet oleh ramai surirumah yang inginkan pendapatan sampingan dari rumah!

Selalu fikirkan apa yang kita minat. Tanya pada diri sendiri apa yang kita suka lakukan, dan cari perniagaan yang berkisar tentang minat tersebut. Dengan banyak bertanya pada diri sendiri, maka banyak jawapan yang kita akan dapat dan jawapan-jawapan tersebut adalah idea sedia ada mendapatkan produk untuk di jual di Internet.

Ianya amat penting untuk kita lakukan apa yang kita minat dan suka, oleh kerana perniagaan yang kita jalankan juga perlu menjadi perniagaan yang kita minat dan suka usahakan! Ambil pen dan kertas, dan senaraikan 10 produk yang menarik minat anda dan boleh anda niagakan di Internet. Lakukan aktiviti ini sekarang untuk menjana idea.

Tip :
Mempunyai idea produk untuk di jual di Internet sahaja tidak mencukupi. Pastikan produk yang anda ingin niagakan mempunyai permintaan sedia ada di Internet- ini akan memastikan perniagaan Internet anda berjaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...