Wednesday, February 23, 2011

Memulakan Perniagaan Internet 2


HARI 2: Nak Jual Apa? - Jalankan perkhidmatan di Internet!

Sekiranya anda mempunyai kebolehan, skil atau kekuatan dalam sesuatu bidang perkhidmatan, ianya boleh dijadikan perniagaan di Internet. Perkhidmatan lain termasuk, konsultan, ejen hartanah, ejen MLM, penasihat, motivator, pengalih bahasa, pereka grafik, pereka laman web, menjahit, make-up artist dan sebagainya...

Sekiranya anda seorang ejen insurans, mungkin sehari anda boleh berjumpa dengan 2-3 orang prospek. Tetapi, dengan membawa perniagaan anda ke Internet, bukan sekadar 2-3 prospek sehari, malah 200-300 atau lebih prospek sehari juga anda boleh dapat. Dengan menggunakan strategi perniagaan Internet yang betul, seorang ejen insurans dapat menggandakan prospek dan juga pelanggan.

Sekiranya hobi anda adalah menjahit, anda juga boleh menerima tempahan menjahit melalui online. Sama seperti contoh diatas, ramai telah menggunakan Internet untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan sehingga tidak cukup tangan! Perkhidmatan menjahit juga boleh diniagakan di Internet.

Sekiranya anda bagus berbahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia atau sebagai tambahan boleh berbahasa lain, pada bila-bila masa sahaja anda boleh mulakan perniagaan mengalih bahasa di Internet. Dengan sedikit kreativiti, sememangnya peluang perniagaan di Internet adalah amat luas dan tidak terhad kepada menjual produk sahaja, tetapi juga menjual perkhidmatan melalui kebolehan yang kita ada.

Lihat pada kebolehan dan kekuatan diri anda sendiri. Apakah kepakaran kita yang boleh dijadikan perkhidmatan untuk diniagakan di Internet. Adakalanya anda dapati ianya sukar melihat kebolehan dan kekuatan diri. Sekiranya ini berlaku, fikirkan apakah yang sering ditanya oleh kenalan anda atau keluarga anda pada anda? Mereka sering bertanyakan anda mengenai bidang apa? Pastinya bidang yang sering kenalan dan keluarga tanya pada anda merupakan kebolehan dan kepakaran anda tersendiri. Bolehkah anda niagakannya di Internet?

Ambil pen dan kertas, dan senaraikan 5 perkhidmatan yang anda rasakan anda boleh niagakan di Internet. Lakukan aktiviti ini sekarang untuk menjana idea. Selamat mencuba..

Tip:
Apa yang membezakan mendapat 2-3 prospek sehari atau 200-300 prospek sehari adalah- strategi promosi yang dijalankan. Lebih ramai pelawat laman web anda, maka lebih tinggi peluang untuk anda mengubah prospek menjadi pelanggan anda!

Memulakan Perniagaan Internet 3 & 4
terdapat di 
http://cupcake-kakengku.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...