Monday, February 28, 2011

Memulakan Perniagaan Internet 3


HARI 3: Nak Jual Apa? - Informasi produk terlaris di Internet!

Apakah produk yang paling laris di Internet? Jawapannya adalah informasi. Selain daripada menjual produk, atau meniagakan perkhidmatan di Internet, anda juga boleh menjual informasi yang merupakan produk yang paling laris di Internet.

Di internet, kaedah menjual informasi yang kini popular, adalah berbentuk ebook (ebuku). Dengan pelbagai peralatan mudah alih seperti handphone, iPad, Kindle dan sebagainya, produk informasi seperti ebook bukan sahaja sebagai produk yang paling laris di Internet kini, tetapi juga mempunyai potensi yang amat besar tahun-tahun akan datang.

Tak kira apa sahaja industri yang kita jalankan, pastinya terdapat maklumat yang boleh dikongsikan, dan ianya boleh dikongsikan dalam bentuk ebook. Lihat juga kebolehan diri kita atau perkhidmatan yang kita jalankan- bolehkah ianya diubah menjadi produk informasi untuk mendapat pendapatan yang berterusan?

Sebagai contoh, sekiranya anda minat memasak, anda boleh menghasilkan ebook resipi untuk dijual di Internet. Malaysia penuh dengan berbagai-bagai masakan termasuk masakan Melayu, Cina dan juga India. Tak lupa pula negara jiran seperti Thailand, Singapore dan Indonesia. Kompilasi resepi terbaik boleh dihasilkan dalam bentuk ebook dan dijual ke seluruh dunia untuk mendapat pendapatan residual (hasilkan satu ebook, dan terima pendapatan berkali-kali)

Sekiranya anda mempunyai hasil kerja bertulis seperti thesis, projek, atau apa sahaja yang boleh diubah menjadikan format ebook, apakata anda lakukannya dan menjana pendpaatan sampingan daripada online. Salah satu format ebook yang diterima ramai adalah format PDF.

Hobi, minat dan kepakaran boleh diubah menjadi maklumat infomasi ebook. Contoh seperti "Cara menurunkan berat badan selepas bersalin", "Kaedah berhenti merokok dalam masa 14 hari", "Cara menjimatkan wang", "Tip-tip mengembara", "Lokasi-lokasi hebat selaman skuba di Malaysia" dan 1001 lagi topik boleh menjadi ebook!

Ambil pen dan kertas, dan tuliskan 3 tajuk ebook yang mungkin anda boleh hasilkan untuk dipasarkan di Internet.

Tip:
Informasi adalah produk yang paling laris di Internet, dan kaedah popular meniagakan informasi adalah melalui ebook.
Sebab utama pelawat tidak membeli daripada anda adalah kerana kepercayaan. Ini kerana, tiada pertemuan bersemuka dalam perniagaan Internet, dan tahap kepercayaan adalah kurang. Oleh itu, ketahui langkah-demi langkah bagaimana anda boleh membina kepercayaan pelawat anda supaya ramai ingin menjadi pelanggan anda.


Memulakan Perniagaan Internet 1 & 2  
terdapat di 
http://apamwarnawarni.blogspot.com/ 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...